web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajari Ilmu Agama Dari Sumber Sahih, Elak Terjebak Ajaran Sesat - Idris

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 7:09AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad bercakap kepada pemberita selepas melepaskan Konvoi Kongsi Rezeki sempena Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama di Dataran Putra - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mempelajari ilmu agama daripada sumber Internet yang berkemungkinan diragui kesahihannya, terutama melibatkan isu akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, langkah tersebut dapat menghindari diri daripada terjebak dengan ajaran sesat yang dikatakan cuba mencari pengikut baharu.

“Boleh misalnya (menuntut ilmu) daripada enjin carian Google, tetapi itu sekadar nilai tambah, namun (sewajarnya) biarlah dari guru yang kita tahu mursyid, iaitu beramal dengan ilmunya,” katanya kepada media pada Program Munajat Keluarga Malaysia di laman Dataran Putra di Masjid Putra di sini, malam tadi.

Terdahulu, beliau melancarkan pelepasan konvoi bermotosikal Kongsi Rezeki bersempena program itu.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan tindakan 300 pengikut Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah dari Negeri Sembilan berada di Arafah menunggu kemunculan Imam Mahdi.

Mereka yang terpengaruh ajaran Habib Shah Firdaus Ahmad itu, mendakwa kononnya pemimpin akhir zaman terbabit akan hadir pada hari wukuf, namun hampa apabila tiada apa-apa berlaku.  

Mengulas lanjut, Idris memberitahu, secara umum seseorang yang tidak belajar tinggi pengajian agama sekali pun, tahu membezakan mana ajaran Islam betul dan salah.

“Budak kecil sekolah rendah jika tengok bapanya tidak pergi solat Jumaat pada tengah hari Jumaat pun tahu itu tidak betul, apatah lagi kita yang dewasa ada asas kuat agama,” katanya.

Berhubung baki kurang 100 orang pengikut tarekat itu yang masih terkandas di Makkah, Idris meminta mereka segera berhubung dengan pihak Konsul Besar Malaysia di Jeddah.

Menurutnya, mereka berkemungkinan besar tidak dapat pulang kerana isu dokumentasi selepas kerajaan Arab Saudi melakukan pemutihan di sekitar Tanah Suci, selepas habis musim haji lalu.

Sehubungan itu, jelasnya, pengikut tarekat berkenaan dinasihatkan memohon bantuan konsulat bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air dengan selamat dan tidak ditangkap pihak berkuasa sebagai pendatang asing tanpa izin.

Malah beliau sendiri menghubungi atase Tabung Haji di pejabat konsulat di Jeddah untuk membantu kumpulan itu selepas ada beberapa yang tampil sukarela untuk pulang ke Malaysia.

Ditanya berhubung tindakan yang boleh dikenakan kepada kumpulan terbabit, Idris memberitahu, ia terpulang kepada jabatan agama Islam di negeri yang terlibat.

“Pihak berkuasa agama di negeri tersebut yang akan menentukan bentuk penguatkuasaan kerana urusan hal ehwal agama terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya. - Getaran, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar