web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hina PDRM: Pemilik Twitter ‘Zulisfine’ Diminta Tampil Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 4:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis meminta pemilik akaun Twitter 'zulisfine’ tampil membantu siasatan berhubung kenyataan tular dikongsi melalui akaun berkenaan yang didakwa berunsur penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang merupakan Ketua Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah  Petaling Jaya berkaitan kenyataan berkenaan.

Beliau berkata pengadu tidak terlibat dalam kejadian dimaksudkan pemilik akaun, namun tahu ia merujuk kepada kejadian melibatkan dua MPV polis mengejar sebuah kereta suspek kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, semalam.

Dalam kenyataan tular itu, pemilik akaun mendakwa kereta polis yang terlibat dipandu secara melulu kira-kira 11.30 pagi di SS2, Petaling Jaya, dekat sini dan melanggar kenderaan awam.

Mohamad Fakhruddin berkata pengadu menafikan kedua-dua kereta peronda tersebut melanggar kenderaan awam, selain mengesahkan tiada sebarang kesan calar terdapat pada kereta peronda itu sekiranya berlaku pelanggaran seperti didakwa.

Beliau berkata dalam kejadian itu, kenderaan suspek jenis Naza Citra yang lesen kenderaan motor (LKM) didapati tamat tempoh bertindak memecut laju secara melulu apabila diarah berhenti oleh pasukan peronda di Plaza Tol Penchala, dekat sini.

“Polis mengejar kereta itu hingga ke Jalan 2 SS6/67 dan kenderaan itu terpaksa berhenti selepas melanggar dua kenderaan awam.

“Pemandu dan penumpang hadapan kereta telah bertindak keluar untuk melarikan diri namun berjaya ditahan di hadapan bangunan berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin berkata dalam kejadian itu, selain penahanan pemandu dan penumpang hadapan iaitu dua lelaki tempatan, pihaknya turut menahan lapan lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 22 hingga 43 tahun yang menaiki Naza Citra tersebut.

Kesemua warga asing yang didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris atau Melayu, dipercayai dibawa masuk ke negara ini untuk bekerja di kilang di sekitar Damansara, dekat sini.

Menurutnya, dua lelaki tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 4(5) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012 manakala kesemua warga asing ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen (Pindaan) 2002 (Akta 155).

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad