web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Rentung Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 7:06AM

Seorang wanita rentung selepas kereta Perodua Kelisa yang dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori - Gambar Polis Setiu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR PERMAISURI - Seorang wanita rentung selepas kereta Perodua Kelisa yang dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu 5 tan di Kampung Gong Batu di sini petang semalam.

Insiden pada 5.35 petang itu menyaksikan Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20, ditemukan dalam keadaan rentung akibat kebakaran tersebut manakala manakala pemandu Mohammad Ikhwan Hakim Daud, 21, terselamat dan mengalami kecederaan di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata pemandu lori turut cedera di bahagian leher manakala dua penumpangnya tidak mengalami kecederaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu lori memberi isyarat untuk membelok ke kanan jalan dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja di Besut, ketika tiba di lokasi kejadian.

“Tiba-tiba datang kereta Perodua Kelisa dari arah sama cuba memotong namun gagal lalu melanggar bahagian kanan lori menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar,” katanya.

Beliau berkata mangsa lain berjaya keluar dari kenderaan masing-masing kecuali Nurul Emylia Natasha yang berasal dari Kampung Pulau Lima,  Pasir Puteh, Kelantan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan,” katanya sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang saksi, Abd Muhaimi Ab Halim, 34, berkata selepas Perodua Kelisa mula terbakar di bahagian hadapan, orang awam dilihat mengeluarkan pemandu kereta itu.

Beliau berkata beberapa pengguna jalan raya pada awalnya cuba menyelamatkan Nurul Emylia Natasha namun gagal membuka pintu di bahagian penumpang hadapan kerana ketika itu api semakin marak.

“Selepas itu, saya bersama beberapa pengguna jalan raya lain cuba menghampiri semula kereta yang sedang terbakar untuk mengeluarkan mangsa tetapi bunyi api sangat kuat dan semakin marak.

“Saya cuba mendapatkan pemadam api daripada pengguna jalan raya lain namun tiada seorang pun mempunyai alat tersebut. Jadi kami hanya berserah kepada Allah dan berasa sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad