web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 7:00AM

Ahli bomba memadam lori yang terbakar akibat tersangkut pada kabel elektrik. - Gambar ihsan bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seorang lelaki warga emas serta rakannya maut terkena renjatan elektrik apabila jengkaut yang dibawa di atas treler yang dinaiki mereka tersangkut pada kabel elektrik di Jalan Semalau, Tanjung Manis, kira-kira 100 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata mangsa, Hii Sieh King, 61, merupakan pemandu treler berasal dari Sungai Merudu, Sarikei dan lelaki warga Indonesia, Al Bari Mahmud, 34, bekerja sebagai pemandu jengkaut.

Beliau berkata kedua-dua mangsa merupakan pekerja kontrak pembersihan parit di kawasan berkenaan.

Katanya pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah lori di Jalan Semalau menghala ke Kampung Jerijih pada 9.15 pagi dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian yang jaraknya 18 kilometer.

“Setibanya di lokasi kejadian terdapat jengkaut yang dibawa di atas sebuah lori tersangkut pada kabel aliran elektrik dan tayar depan sebelah pemandu lori berkenaan terbakar. Didapati dua mangsa terbaring di bawah tepi lori sebelah pemandu dipercayai terkena renjatan elektrik,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Wan Umar operasi pemadaman bagaimanapun tidak dapat dilakukan serta-merta kerana masih ada aliran elektrik pada kedua-dua kenderaan tersebut sehingga mendapat makluman daripada syarikat pembekal elektrik Sarawak bahawa bekalan elektrik telah diputuskan.

Katanya pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang membuat pemeriksaan mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dan mayat mereka telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad