web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangani Secara Menyeluruh, Reaksi Pakar Terhadap Dapatan HWCITF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 2:49PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PULAU PINANG - Dapatan Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) perlu dibuat secara menyeluruh termasuk maklum balas daripada semua pihak dalam sektor perubatan, bukannya hanya menilai budaya kerja diamalkan semata-mata.

Selain itu, HWCITF juga perlu mengeluarkan laporan terperinci mengenai aduan isu seperti waktu bekerja dan kawasan berehat.

Laporan HWCITF juga mendapati insiden kematian seorang pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang (HPP) baru-baru ini tiada kaitan dengan bunuh diri.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin berkata, laporan HWCITF sepatutnya diperluaskan dalam pelbagai aspek melibatkan doktor pelatih (houseman) dan doktor junior.

Dr Norlela Ariffin
Dr Norlela Ariffin

“Saya minta mereka untuk meneliti keadaan kerja secara keseluruhan untuk semua doktor pelatih, menyiasat waktu kerja yang panjang dan waktu makan tidak mencukupi selain (sama ada mereka) berehat dengan betul,” katanya.

Dr Norlela turut mengakui menerima lima aduan mengenai kes buli di tempat kerja (fasiliti kesihatan awam) di Pulau Pinang.

Justeru beliau menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) membandingkan keadaan di Malaysia dengan cara negara lain memberi latihan kepada doktor pelatih mereka.

“Saya memberikan sistem kesihatan di United Kingdom (UK) dan Australia sebagai perbandingan,” katanya.

Sementara itu, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Datuk Dr T Jayabalan yang juga seorang doktor veteran berkata, laporan HWCITF mempunyai kelompongan yang perlu diperbaiki.

Malah beliau berpendapat tidak patut wujud sebarang penafian dalam isu buli di hospital awam.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada pihak di sebalik laporan tersebut namun menegaskan budaya buli di hospital perlu diberikan penekanan.

Pasukan petugas itu baru-baru ini membuat siasatan terhadap dakwaan bahawa kematian seorang doktor pelatih yang maut dikaitkan dengan bunuh diri selepas mangsa dilaporkan terjatuh dari apartmennya di sini, April lalu.

HWCITF mengekalkan pandangan ini selagi mana tiada maklumat tambahan berkaitan insiden kematian PPS daripada polis menerusi siasatan mereka ke atas kes itu.

“Lebih 60 peratus responden kaji selidik menyatakan budaya kerja di KKM adalah positif terutamanya penjagaan pesakit, komuniti dan kerja berpasukan,” kata Pengerusi (HWCITF) Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.

Siti Hamisah, yang juga mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dilaporkan berkata, hanya 20 peratus daripada responden bersikap berkecuali manakala 20 peratus lagi berpandangan negatif terhadap budaya kerja. - The Vibes, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

3

Semasa 2 tahun yang lalu

The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Jeram Mawar: Laporan Awal Dijangka Siap Dalam Masa Terdekat - Nik Nazmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad