web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi 4 Bulan Maut Sesak Nafas, Pengasuh Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 11:40AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika di bawah jagaan seorang pengasuh di sebuah kondominium dekat Taman Cempaka di Ampang, Selangor, semalam.

Dalam kejadian itu, bayi terbabit dikejarkan ke sebuah klinik di Pandan Indah sebelum dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang kira-kira jam 6.30 petang, namun disahkan meninggal dunia lima minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata ketika dihantar ke hospital terbabit, bayi tersebut sudah tidak bernyawa namun pasukan perubatan cuba memberikan bantuan kecemasan malangnya tidak berjaya.

Mohamad Farouk Eshak
Mohamad Farouk Eshak

Menurut beliau, berdasarkan keterangan pegawai perubatan bertugas, keadaan bayi terbabit menunjukkan kematiannya sudah agak lama.

“Susulan laporan daripada pegawai perubatan, sepasukan polis menahan seorang wanita warganegara Indonesia berusia 26 tahun yang merupakan pengasuh bayi terbabit kira-kira jam 10.30 malam tadi.

“Berdasarkan keterangan awal, suspek memaklumkan bayi tersebut mati dalam keadaan sesak nafas kerana kain lampin dalam buai ada pada muka bayi tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ketika kejadian ibu bapa bayi tersebut berada di tempat kerja manakala bayi terbabit dihantar ke rumah suspek untuk dijaga.

Jelasnya lagi, bayi tersebut dijaga suspek sejak Jun lalu.

“Semakan dilakukan pihaknya mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah.

“Punca kematian masih dalam siasatan. Bedah siasat akan dilakukan pagi ini di Hospital Ampang,” katanya.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang untuk direman pagi ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

“Hukuman bagi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik