Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wujud Syarikat Palsu Pindah Wang Skandal LCS Ke Akaun Luar Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 6:34PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pesisir luar pantai didakwa terlibat memindahkan wang berjumlah RM192 juta yang diperoleh daripada skandal kapal tempur pesisir (LCS) ke akaun luar negara.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang memetik laporan siasatan dalaman LCS berkata, syarikat Alize Marine Ltd yang berpangkalan di Malta dikenal pasti turut terlibat dengan transaksi palsu berjumlah RM23.37 juta.

Dakwanya, invois telah dihantar kepada subkontraktor projek itu untuk perkhidmatan teknikal yang sebenarnya tidak wujud.

Malah beliau berkata, apabila pembekal dijejaki, syarikat terbabit sebenarnya tidak wujud kerana maklumat alamat yang diberikan adalah palsu.

“Invois dihantar dari satu syarikat, sebaliknya arahan adalah supaya invois dibayar ke satu akaun yang didaftarkan di bawah syarikat yang namanya hampir sama tetapi sebenarnya berlainan.

“Siasatan dalaman menamakan Alizes Marine Limited sebagai salah sebuah syarikat yang banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan sebegini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

 

Dari Rafizi Ramli 18 Ogos 2022 ALIZES MARINE LIMITED, SYARIKAT PALSU PINDAH WANG DARI PROJEK LCS Hari ini, saya ingin...

Posted by Rafizi Ramli on Thursday, August 18, 2022

Dalam pendedahan terbaharu itu, Rafizi mendakwa Alizes Marine Limited dilantik subkontraktor sebagai pembekal alat-alat gantian untuk projek LCS atas cadangan DCNS (sebuah syarikat Perancis) selaku kontraktor teknikal, yang menyediakan reka bentuk dan spesifikasi teknikal kapal kelas Gowind.

Menurut beliau, Alizes Marine Limited dicadangkan untuk menjadi pembekal atas alasan ia sebuah syarikat pembekal pertahanan dari Perancis (menggunakan Alizes Marine France).

Katanya lagi, siasatan dalaman mendapati subkontraktor projek LCS membayar kira-kira RM210 juta  antara 2011 hingga 2015 kepada Alizes Marine France bagi pembelian alat ganti, yang dibayar ke beberapa akaun di bawah Alizes Marine Limited.

“Sebaliknya, jumlah perolehan dalam penyata kewangan Alizes Marine France yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Perancis hanya EUR3.53 juta (sekitar RM18 juta).

“Ini bermakna, sejumlah RM192 juta telah dipindahkan ke akaun syarikat pesisir luar pantai yang tidak dapat dijejaki,” katanya.

Susulan laporan siasatan dalaman itu, Rafizi menegaskan skim mencuri dana rakyat seumpama ini tidak boleh berlaku tanpa dilindungi ‘orang atasan’ yang lebih berkuasa daripada seorang pesara panglima tentera laut baru-baru ini.

“Jika skim yang melibatkan syarikat pesisir luar pantai dituduh bersabit dengan DCNS, dan DCNS mempunyai rekod membayar rasuah kepada syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak semasa skandal Scorpene dahulu, maka wajarlah rakyat terus menuntut siasatan untuk mengetahui siapa dalang sebenar yang mempunyai kuasa melindungi DCNS.

“Hanya Najib Razak, (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi dan (Datuk Seri) Hishamuddin Hussin yang boleh menjawab soalan ini,” katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini. - Getaran, 18 Ogos 2022

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter