web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rabun Sejak Lahir Tidak Halang Niki Raih Keputusan Cemerlang STPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 5:15PM

Pelajar cemerlang STPM SMK Tengku Panglima Raja, Nur Yasmin Hani Kasman (kiri) bersama Niki Amirul Zimi menunjukkan slip sijil STPM semasa ditemui pemberita di SMK Tengku Panglima Raja hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS -  Meskipun rabun sejak lahir, Niki Amirul Zimi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini, tidak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuknya meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh keputusan dengan nilai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 membabitkan lima mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi dan Geografi.

Niki berkata sepanjang tempoh pembelajaran beliau terpaksa mengulang kaji bahan bacaan dalam jarak yang dekat akibat masalah rabun yang dihadapinya itu. 

"Memandangkan saya mengalami masalah rabun sejak lahir, ia telah menjejaskan penglihatan saya terutamanya ketika membaca selain untuk memberi fokus ketika dalam kelas.

“Satu-satunya kaedah yang saya gunakan adalah membaca dengan jarak dekat,” katanya kepada pemberita di sekolah berkenaan di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Niki yang juga menghidap penyakit Albino berkata beliau tidak mempunyai jadual tetap untuk menelaah pelajaran dan hanya mengikut kemampuan diri.

"Kebiasaannya saya hanya ulang kaji pelajaran sekitar tiga jam sehari, sekiranya kepenatan saya tidak akan memaksa diri kerana ia akan mendatangkan tekanan kepada saya termasuk fokus penglihatan juga mungkin terjejas.

"Saya rasa syukur kerana guru, rakan dan ibu Suemoh Dollah, 46 serta bapa Zimi Mamat, 60 tidak pernah berputus asa memberi semangat dan dorongan kepada saya sehingga saya berjaya meraih kejayaan pada hari ini,” katanya yang bercita-cita menjadi guru.

Niki berkata keputusan cemerlang itu juga membuktikan bahawa kekurangan dirinya bukanlah penghalang untuk beliau mencapai kejayaan.

"Saya ingin berpesan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti saya untuk sentiasa berfikiran positif walaupun ditakdirkan mempunyai kekurangan daripada orang lain kerana setiap insan itu mampu berjaya sekiranya ada usaha," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad