web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Hantar Surat Pada PM, Mahu Adakan Pertemuan Rasmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 2:18PM

Hamzah Zainudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan beberapa isu yang dibangkitkan oleh perikatan itu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini yang memaklumkan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri sebelum ini adalah pertemuan tidak rasmi.

“Saya menteri Kabinet, jadi saya selalu jumpa Perdana Menteri dan minggu lepas adalah jumpa dia (Perdana Menteri) tetapi tidak secara rasmi.

“Kita sembang-sembang dulu, adalah sembang tapi yang secara rasminya saya sudah minta untuk diberi tarikh baharu supaya wakil PN boleh jumpa dan membentangkan apa yang dimohon PN,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan portal aduan buli di sini hari ini.

Pada 13 Ogos, Perdana Menteri berkata beliau telah mengadakan pertemuan bersama PN pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat.

Ismail Sabri berkata pertemuan yang berlangsung di bangunan Parlimen itu dihadiri Hamzah dan Bendahari PN Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ditanya adakah isu jawatan Timbalan Perdana Menteri akan dibangkitkan dalam pertemuan rasmi itu nanti, Hamzah berkata beliau akan bawa apa sahaja permintaan daripada PN. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad