web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nama Pemilik Kelab Komedi Di TTDI Disenaraihitamkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 1:43PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyenaraihitamkan nama pemilik Crack House Comedy Club seumur hidup kerana melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata perniagaan kelab berkenaan dibatalkan berkuat kuasa 30 Julai lepas dan nama pemilik kelab itu disenaraihitamkan selama-lamanya.

Beliau berkata individu berkenaan tidak lagi boleh mendapatkan lesen perniagaan untuk berniaga di ibu kota walaupun menggunakan nama syarikat berlainan atau perniagaan berbeza.

“Kami (DBKL) sedang memantau beberapa kelab seumpama itu di sekitar ibu negara dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar (syarat lesen),” katanya dalam sidang media selepas operasi bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pada 10 Julai lepas, Jalaluddin memberitahu premis beroperasi di pinggir bandar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) itu beroperasi tanpa lesen yang betul kerana ia hanya mempunyai lesen restoran dan tiada lesen hiburan.

Terdahulu, operasi kelab tersebut digantung sementara susulan satu klip video tular dipercayai menghina agama Islam.

Pengasas dan pemilik bersama kelab berkenaan Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan memuat naik video di tiga platform media sosialnya yang menyentuh isu sensitiviti perkauman pada 22 Julai lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad