web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekurangan Akauntan Bumiputera Bertauliah, Malaysia Digesa Wujudkan Ujian Kelayakan Akauntan Sendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 12:07PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disyor mewujudkan ujian kelayakan akauntan sendiri, seperti dilakukan beberapa negara termasuk Singapura dan Hong Kong.

Mencadangkan perkara tersebut, beberapa persatuan akauntan di negara ini melihat langkah sedemikian membolehkan akauntan Malaysia duduk setaraf dengan rakan-rakan satu profesion di negara lain seluruh dunia.

Bercakap kepada Getaran, Presiden Persatuan Firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAF), Mohd Noh Jidin berkata, ujian kelayakan itu bukan sahaja untuk program ijazah tempatan tetapi juga badan profesional luar negara.

“Kerajaan wajar membuka mata dan mewujudkan ujian kelayakan ini bagi membolehkan ahli akauntan Malaysia setaraf dan senang berhijrah ke negara lain seperti Amerika Syarikat dan Australia.

“Ujian kelayakan ini adalah peperiksaan tambahan, membabitkan mungkin dua atau tiga kertas untuk naik taraf. Pada masa sama, dengan ujian kelayakan ini kita beritahu badan profesional bahawa kita ada ujian kelayakan, saya hendak anda iktiraf, kalau tidak iktiraf kita akan hubungi badan lain pula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan isu kekurangan akauntan bertauliah bumiputera di negara ini, berikutan golongan itu kurang didedahkan mengenai kepentingan mendapatkan sijil profesional perakaunan daripada The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Ke arah itu, tambahnya, kerajaan perlu berunding dengan mana-mana badan profesional untuk pengiktirafan dua hala.

“Pengiktirafan satu hala menyebelahi badan profesional, tidak ada tanda wujudnya sebarang kompromi sungguh pun universiti kita banyak menawarkan pengajian sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam perakaunan.

“Singapura pada awalnya sama dengan Malaysia, apabila mereka telah adakan ujian kelayakan, kini pengiktirafan global Akauntan Bertauliah Singapura dengan Malaysia bagaikan langit dengan bumi.

“Oleh sebab pengiktirafan dunia atas Akauntan Bertauliah Singapura, ramai akauntan mereka berkhidmat di luar negara,” katanya.

Jelas Mohd Noh, tiada negara yang mengiktiraf Akauntan Bertauliah Malaysia, justeru sudah tiba masanya mereka menentukan hala tuju sendiri ke arah pengiktirafan global, untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Global bagi Pendidikan Perakaunan.

“Langkah ini boleh menarik pelajar antarabangsa di samping menyelamatkan ratusan juta ringgit Malaysia yang kini mengalir ke badan profesional luar,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Dr Mohd Fairuz A Razak turut senada dengan Mohd Noh yang melihat usaha mewujudkan ujian kelayakan sendiri sebagai langkah terbaik.

Beliau menambah, ramai daripada anggota masyarakat tertanya-tanya, apa sebenarnya berlaku dalam profesion perakaunan pada masa sekarang.

“Ada yang bertanya sama ada kursus perakaunan yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan sudah tidak lagi mempunyai nilai.

“(Bagi mereka) Jika tidak bernilai, mengapa harus mereka menghantar anak mereka belajar kursus perakaunan di universiti tempatan?” soalnya.  - Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad