web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengapa Tindakan Terhadap Tokoh Politik 'Besar' Ambil Masa Puluhan Tahun? - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 10:06PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya hanya individu berstatus pengarah urusan saja terbabit dalam skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) memandangkan ia melibatkan dana projek yang besar.

Beliau turut tidak menolak wujudnya penglibatan tokoh politik berpengaruh di sebalik skandal tersebut.

“Nak ambil tindakan jangan saja di peringkat bawah. Pengurus, ya kalau mereka bertanggungjawab harus (dikenakan tindakan) tapi saya tidak percaya satu keputusan yang melibatkan (dana) bilion ringgit itu tidak melibatkan tokoh politik besar.

“Saya mahu jawapan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengapa dilengahkan tindakan puluhan tahun terhadap Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu video yang dikongsi di Facebook, hari ini.

 

SPRM, ini soal rakyat. Sila jawab, mengapakah tindakan terhadap tokoh-tokoh politik yang besar mengambil masa puluhan tahun?

Posted by Anwar Ibrahim on Tuesday, August 16, 2022

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan pendakwaan SPRM hari ini membuktikan bahawa isu LCS disuarakan pembangkang selama ini adalah benar.

“Jadi ada beberapa kalangan ‘macai-macai’ nak pertahankan rasuah besaran yang merompak harta rakyat, ini tidak boleh dipandang ringan.

“Kalau dalam satu negara ada rasuah besar mahu dipertahankan, kes 1MDB dipertahankan, kes LCS dipertahankan, jadi seolah-olah tiada kecurangan yang berlaku.

“Jadi saya ucap tahniah kerana SPRM memulakan (pendakwaan) tetapi saya nak ingatkan SPRM, ini soal rakyat, bukan lagi soal dua tiga isu teknikal,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mantan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat lebih RM21 juta berkaitan projek LCS pada 2010 dan 2011, di Mahkamah Sesyen hari ini.

Ahmad Ramli, 78, yang juga mantan Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu selepas ia dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussain.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu menyandang jawatan Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta iaitu dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, apabila dengan curang meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd iaitu dengan curangnya meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 ke akaun Syarikat JSD Corporation Pte. Ltd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

Untuk pertuduhan ketiga pula, beliau didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, iaitu dengan curangnya meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

Semua kesalahan itu dilakukan di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Menara Boustead,Jalan Raja Chulan pada 26 Julai 2010, 28 Oktober 2010, 25 Mac 2011, 19 April 2011, 4 Mei 2011 dan 22 November 2011.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dengan sebat serta denda. - Getaran, 16 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam