Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Skandal LCS: Ramli Nor Mengaku Tidak Bersalah Atas 3 Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 10:09AM

Ahmad Ramli (kanan) tiba di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, menjadi individu pertama didakwa di mahkamah berhubung skandal projek kapal tempur pesisir (LCS).

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang berusia 78 tahun itu didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Ramli dituduh membuat pembayaran berjumlah RM21.08 bilion kepada tiga firma berlainan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah BNS ketika menerajui syarikat itu.

Beliau mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussain.

Walaupun kertas pertuduhan tidak menyebut mengenai LCS, sumber mengesahkan bahawa ia berkaitan dengan projek itu.

Suzana kemudian menetapkan ikat jamin RM500,000 dengan cagaran RM200,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia, selain syarat tambahan supaya pasport Ahmad Ramli diserahkan kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes selesai.

Sebutan kes ditetapkan pada 24 November, selepas hakim berpuas hati dengan permohonan kedua-dua timbalan pendakwa raya dan pasukan pembelaan untuk diberi tempoh lebih lama bagi membuat persediaan.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramli didakwa menyalahguna kuasanya dengan melakukan CBT ke atas dana milik BNS, apabila ‘secara curang’ meluluskan pembayaran berjumlah RM13.54 juta ke akaun bank milik syarikat Setaria Holding Ltd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 Julai 2010 dan 25 Mac 2011.

Pertuduhan kedua menyaksikan tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama ke atas dana BNS, iaitu dengan curang meluluskan pembayaran berjumlah bersetuju RM1.36 juta tanpa kelulusan kepada JSD Corporation Pte Ltd antara 19 April 2011 dan 4 Mei 2011.

Manakala, bagi pertuduhan ketiga, beliau didakwa meluluskan pembayaran RM6.18 juta kepada Sousmarin Armada Ltd antara 28 Oktober 2010 dan 22 November 2010.

Ketiga-tiga transaksi itu menyaksikan dana dipindahkan ke beberapa bank di Singapura.

Terdahulu, pada 12 Ogos, The Vibes melaporkan mengenai pembabitan Ahmad Ramli dalam kontroversi LCS, dengan namanya disebut sebanyak 14 kali menerusi laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung perolehan projek itu.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu LCS (LCSSC), selain menjadi Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan di Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) yang bernaung di bawah syarikat induk sama dengan BNS, iaitu Boustead Holdings Bhd.

Seorang lagi individu didakwa terbabit adalah mantan Pengarah Program LCS, Anuar Murad.

Antara penemuan PAC adalah Ahmad Ramli dan Anuar mengadakan rundingan persendirian membabitkan projek LCS, selain cuba mengelak pertanyaan daripada LCSSC dengan mengehadkan bilangan mesyuarat jawatankuasa dan sering menangguhkannya jika Ahmad Ramli tidak dapat hadir.

Menurut laporan PAS, Ahmad Ramli juga didakwa menentang Jawatankuasa Teknikal dan Komersial LCS dengan mengeluarkan Surat Anugerah (LOA) kepada syarikat tertentu tanpa kelulusan pihak berkenaan.

Laporan itu juga menyatakan bahawa dalam kapasitinya sebagai Pengerusi BHIC, Ahmad Ramli mencadangkan untuk menukar mata wang untuk LOA LCS secara berasingan daripada ringgit kepada euro, iaitu keputusan yang menyebabkan BNS mengalami kerugian sebanyak RM13.5 juta.

Berdasarkan siasatan dijalankan juruaudit bebas, Alliance IFA (M) Sdn Bhd, Ahmad Ramli juga didapati membuat bayaran kemajuan projek itu semata-mata atas cadangan Anuar, sambil menolak surat oleh pemberi maklumat berhubung masalah dalam projek LCS. – Getaran, 16 Ogos 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Sukan 21 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 16 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Semasa 22 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran