web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LCS: Cadangan Tubuh RCI Dibawa Ke Kabinet Esok - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 8:34PM

Hishammuddin memberikan jaminan akan membawa sendiri perkara itu untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri. - Gambar dari Facebook Hishammuddin Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dibawa ke Kabinet, esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu itu di Dewan Negara hari ini, berkata beliau memberikan jaminan akan membawa sendiri perkara itu untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

“Ini tanggungjawab saya untuk bawa ke Kabinet esok dan saya akan lakukan. Kabinet juga perlu persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penubuhan sesuatu RCI,” katanya.

Hishammuddin Hussein - Gambar Bernama
Hishammuddin Hussein - Gambar Bernama

Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan beberapa Ahli Dewan Negara hari ini yang menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu LCS bagi meneliti segala aspek agar tidak ada pihak yang bersalah terlepas daripada dakwaan.

Hishammudin juga berkata berdasarkan keputusan Kabinet pada April lepas, Kementerian Pertahanan (Mindef) akan meneruskan projek LCS bagi kepentingan TLDM dalam perancangan melihat masa hadapan isu LCS tersebut.

Justeru itu, beliau berkata Mindef akan memastikan fasa mobilisasi dapat dilaksanakan sebaik mungkin bagi membolehkan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) memulakan rundingan dengan pengilang peralatan tulen (OEM) di Eropah dan vendor tempatan bermula 20 Jun lepas hingga 21 Dis.

Hishammuddin turut menjelaskan tiada sebarang peruntukan tambahan bagi tempoh enam bulan proses mobilisasi yang diadakan dan tiada keperluan untuk projek itu diteruskan oleh syarikat lain kerana ia akan mengambil masa untuk membuat pilihan baharu, sekali gus akan melewatkan lagi projek berkenaan.

Beliau berkata kerajaan juga memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tadbir Urus Khas yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan bagi memantau secara dekat proses tempoh enam bulan mendatang.

Sementara itu, Hishammuddin memaklumkan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah memulakan proses menyahklasifikasikan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

Berhubung laporan pengauditan forensik LCS, katanya, Jemaah Menteri sedang menunggu maklum balas Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara memandangkan audit forensik berkenaan dimiliki BNS dan bukannya milik kerajaan.

Selain itu, beliau juga memaklumkan empat kapal Kapal Misi Pesisir (LMS) telah diterima dan berkemungkinan kumpulan kedua kapal LMS akan dibekalkan dengan senjata supaya isu LCS tidak menjejaskan kedaulatan dan keselamatan pertahanan perairan negara.

Menyentuh mengenai pendakwaan terhadap bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, Hishammuddin berkata tindakan yang diambil terhadap bekas Panglima Tentera Laut itu bukan sesuatu yang mudah dan tidak boleh dianggap perkara kecil.

Sebaliknya, beliau berkata pendakwaan itu dilakukan atas laporan PAC yang menunjukkan wujudnya penyelewangan melibatkan beberapa pegawai.

“Saya tahu kalau hendak tengok pertimbangan politik, kita hendak ahli-ahli politik didakwa yang dianggap jerung tetapi tidak bermakna yang didakwa sekarang ini ikan bilis. Ia telah diperakui oleh PAC sendiri (dalam laporan),” katanya.

Ahmad Ramli hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berhubung projek pembinaan LCS.

Sebelum ini, PAC mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 mendapati tiada satupun kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu, yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion, memperuntuk lima kapal harus disiap dan diserahkan setakat Ogos 2022.

Terdahulu pada persidangan Dewan Negara, Senator Lim Hui Ying membawa usul berkenaan projek pembinaan LCS dan dibahaskan oleh 10 Ahli Dewan Negara. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad