web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkampungan Di Pulau Peranginan Perlu Dikaji Semula - Bung Moktar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 5:19PM

Bung Moktar meninjau terumbu tiruan jenis inovasi dan sarang labah-labah yang akan ditanam di perairan TMTS, di Pulau Kapalai, Sabah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Kerajaan diminta mengkaji semula perkampungan di kawasan pulau peranginan di daerah ini yang dilihat menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kewujudan perkampungan berkenaan dilihat merosakkan pemandangan seterusnya bertentangan dengan status Semporna sebagai antara syurga pulau dunia.

"Kita harus terima bahawa realitinya, kampung berkenaan telah dibenarkan oleh kerajaan, namun, mungkin Pejabat Daerah (Semporna) perlu meneliti semula kawasan sekitar berikutan kesan sampingan kewujudannya di pulau berkenaan.

"Segala sisa buangan seperti sampah sarap dibuang terus ke laut sekali gus menyebabkan pencemaran air berlaku," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pemuliharaan Terumbu Karang Di Taman Marin Tun Sakaran (TMTS), Pulau Kapalai, dekat sini, hari ini.

Tambah Bung, selain sampah, pembinaan perumahan atas air juga perlu dipantau bagi mengelakkan lambakan bilangan rumah sehingga ke tengah laut, sekali gus membabitkan kawasan lebih luas pada masa akan datang.

"Bagaimanapun, Pejabat Daerah Semporna dan Taman Taman Sabah (TTS) perlu mengambil pendekatan holistik bagi mengenal pasti masalah serta pihak terlibat sebelum sebarang tindakan dilakukan.

"Ia perlu diselesaikan dengan cara terbaik kerana membabitkan isu kemanusiaan dan perundangan," katanya.

Dalam masa sama, Bung mahu usaha menambah baik dan memulihara khazanah marin di sini dipertingkatkan dengan pelbagai program kesedaran dengan kerjasama daripada TTS, Yayasan Sabah dan badan bukan kerajaan.

"Misalnya pemuliharaan terumbu karang dilakukan menerusi penanaman terumbu tiruan sekitar perairan Taman Tun Sakaran dilihat mampu menyumbang kepada kelestarian habitat laut," katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, sehingga kini, sebanyak 255 spesis terumbu karang berjaya direkodkan penyelidik di sekitar perairan TMTS.

"Selain itu, 528 spesis ikan terumbu karang juga berjaya ditemui di sini, menjadikan taman ini lebih kaya daripada The Great Barrier Reef, Australia, sekali gus membuktikan bahawa Sabah memiliki khazanah laut yang sangat berharga di dunia," katanya.

Sementara itu, Bung yang juga Menteri Kerjaraya Sabah berkata, Lembaga Sungai Sungai Sabah bakal distruktur semula dalam usaha menangani masalah bekalan air bersih di negeri ini.

Beliau berkata, menerusi lembaga berkenaan, semua sungai yang terdapat di Sabah akan diwartakan sebagai hak milik Kerajaan Negeri.

"Sebenarnya Lembaga Sungai Sungai Sabah sudah lama wujud tetapi tidak berfungsi langsung.

"Justeru, kementerian mencadangkan agar lembaga ini diwujudkan semula bagi memastikan punca bekalan air terus terpelihara," katanya. – Getaran, 5 April 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Sultan Perak, Wanita Didenda RM500

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pelajar Ditikam Di sekolah Cedera Paru-Paru, 16 Kesan Tikaman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

oleh Sophia Ahmad