web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sokong Gesaan Pembebasan Segera Suu Kyi - Menteri Luar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 1:39PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia berdiri teguh bersama-sama rakyat Myanmar dan menyokong gesaan agar pemimpin awam Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi dibebaskan segera untuk memulakan proses dialog damai dan inklusif melibatkan semua pihak berkepentingan di negara itu.

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata demikian dalam ciapan beliau hari ini, susulan laporan berita pada Isnin yang menyatakan mahkamah di Myanmar yang diperintah junta menambah enam tahun lagi kepada hukuman penjara 11 tahun sebelumnya kerana kesalahan rasuah.

Tambahan hukuman itu menjadikan jumlah tempoh hukuman penjara terhadap pemimpin itu dilanjutkan kepada 17 tahun.

“Hukuman tambahan ke atas Aung San Suu Kyi dan pelaksanaan hukuman mati ke atas empat aktivis demokrasi baru-baru ini membuktikan bahawa junta berulang kali tidak mengendahkan seruan pemimpin ASEAN untuk dialog konkrit dan inklusif bagi perdamaian nasional di Myanmar dan memenuhi Konsensus 5 Perkara ASEAN (5PC),” katanya.

Menurut laporan antarabangsa, perbicaraan di negara yang diperintah oleh tentera itu diadakan secara tertutup dan peguamnya dilarang di bawah perintah larangan bersuara (gag order) daripada mendedahkan maklumat tentang prosiding.

Pada Januari lepas, pemenang Hadiah Nobel itu dijatuhi hukuman penjara 11 tahun kerana rasuah, menghasut menentang tentera, melanggar peraturan COVID-19 dan melanggar undang-undang telekomunikasi.

Pada 26 Julai lepas, Malaysia mengutuk hukuman mati terhadap empat aktivis oleh junta Myanmar dan melihat tindakan itu sebagai satu jenayah terhadap kemanusiaan.

Rejim tentera Myanmar telah melaksanakan hukuman mati empat aktivis anti-rampasan kuasa - bekas ahli parlimen Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) Phyo Zeya Thaw; aktivis terkemuka Kyaw Min Yu, yang dikenali sebagai ‘Ko Jimmy’; Aung Thura Zaw; dan Hla Myo Aung - yang didakwa di bawah undang-undang antikeganasan.

Hukuman mati yang mengejutkan dunia itu dilaporkan secara meluas dan mendapat kecaman antarabangsa.

Sejak rampasan kuasa pada 1 Februari 2021, sekurang-kurangnya 2,114 orang telah terbunuh di Myanmar yang diperintah oleh Majlis Pentadbiran Negara (SAC) yang diketuai oleh Jeneral Min Aung Hlaing, dalam kempennya untuk menekan penentangan yang meluas terhadap pemerintahan tentera.

Malaysia dan negara anggota ASEAN yang lain telah berulang kali menggesa dialog inklusif di bawah 5PC yang turut melibatkan Kerajaan Perpaduan Negara (NUG) dan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC).

5PC adalah bertujuan menangani krisis Myanmar yang dipersetujui pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN (ALM) di Jakarta pada April 2021.

Ia menggesa penamatan segera keganasan, mengadakan dialog dengan semua pemegang kepentingan utama, pelantikan utusan khas bagi memudahkan pengantaraan dan delegasi melawat dan bertemu dengan pihak berkepentingan di Myanmar, dan membenarkan ASEAN memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Myanmar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar