web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lumba Haram: Kerajaan Cadang Kemuka Pindaan Akta Pengangkutan Jalan Oktober Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 1:30PM

Cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 adalah termasuk tindakan terhadap orang ramai yang menjadi penonton lumba haram. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk mengemukakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 pada sesi Dewan Rakyat pada Oktober ini bagi membanteras isu lumba haram dan aktiviti mat rempit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata antara cadangan pindaan adalah tindakan terhadap orang ramai yang menjadi penonton lumba haram dan hukuman terhadap bengkel yang mengubah suai motosikal bagi kegunaan kegiataan itu.

“Ada perbincangan pada 8 Ogos lepas dan beberapa cadangan dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada Kementerian Pengangkutan tentang mengubal undang-undang ini supaya lebih ketat dan ditambah aspek yang perlu diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

“Hukuman denda atau penjara yang ada pada masa sekarang juga perlu ditingkatkan. Bagaimanapun ini masih dalam perbincangan dan berkemungkinan akan dikemukakan dalam Dewan Rakyat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator N.Balasubramaniam mengenai pindaan undang-undang untuk membanteras isu lumba haram serta jumlah operasi melibatkan lumba haram.

Jonathan berkata berdasarkan statistik Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), seramai 1,451 pesalah telah ditangkap dari Januari 2022 hingga Jun lepas.

Menurutnya sebanyak 1,258 saman juga dikeluarkan dan 2,200 kenderaan disita untuk siasatan.

Mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membina litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri, Jonathan berkata cadangan itu baik dalam usaha memperkasakan sukan permotoran.

Bagaimanapun, beliau berkata maklumat daripada kerajaan negeri menunjukkan ia kurang mendapat sambutan dalam kalangan orang muda termasuk di Pulau Pinang dan Selangor yang telahpun mempunyai litar khas. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar