web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Didakwa Ditangkap BNN Indonesia Bukan Bekas Anggota PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 10:22PM

Individu didakwa bekas warga PDRM itu, tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai dan sukarelawan polis atau polis bantuan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang rakyat Malaysia yang didakwa ditangkap kerana terbabit memproses syabu di Sukajadi, Batam, Indonesia pernah berkhidmat sebagai anggota polis.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner (ACP) Skandaguru Anandan berkata, individu didakwa bekas warga PDRM itu, tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai dan sukarelawan polis atau polis bantuan.

“PDRM mengesan penularan klip video diambil daripada berita TvOne (Indonesia) mengenai tangkapan seorang warganegara Malaysia oleh Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia dalam kes makmal memproses syabu di negara jiran itu.

“Dalam laporan berita tersebut, warganegara Malaysia berkenaan didakwa bekas warga PDRM,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan PDRM mendapati suspek tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai PDRM.

Katanya, semakan mendapati individu terbabit mempunyai dua rekod jenayah berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis.

“PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung kes ini dan bersedia menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras jenayah narkotik,” ujarnya.- Getaran, 15 Ogos 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini