Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gagal Patuh Peraturan Tempat Kerja Punca Utama Kes Hilang Pendengaran

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 8:37PM

Sebanyak 1,273 atau 62.3 peratus kes hilang pendengaran ketika bertugas dilapor dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini adalah disebabkan bunyi bising - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sikap majikan yang gagal mematuhi peraturan keselamatan pekerjaan bagi mengurangkan risiko pendedahan terhadap bunyi bising, didakwa sebagai punca utama kes kehilangan pendengaran dalam kalangan pekerja.

Ia dibuktikan menerusi statistik diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia, Mohd Anuar Embi, baru-baru ini bahawa sebanyak 1,273 atau 62.3 peratus kes hilang pendengaran ketika bertugas dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini adalah disebabkan bunyi bising.

Lebih menyedihkan, kes itu dicatatkan sebagai penyakit pekerjaan utama paling tinggi di negara ini.

Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, ada peraturan ditetapkan berhubung keselamatan pekerjaan di negara ini, seperti penggunaan penutup dan penyumbat telinga bagi mengurangkan risiko pendedahan terhadap bunyi bising dalam jangka masa panjang.

“Namun di Malaysia, banyak majikan, khususnya kilang kecil tidak mematuhi peraturan ini. Sebagai contoh, ‘goggles’ (gogal atau pelindung mata) yang sangat penting digunakan pun tidak dipakai pekerja.

“Ini seolah-olah tiada penegasan daripada pihak majikan dan kawalan kendiri oleh pekerja,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Beliau berkata, kes tinggi penyakit hilang pendengaran berpunca daripada pekerjaan di negara ini, membuktikan kelemahan majikan dan pengurusan syarikat dalam menyediakan suasana tempat kerja selamat.

Katanya, penyakit dikenali sebagai ‘noise-induced hearing loss’ (kehilangan pendengaran akibat bunyi bising) disebabkan pendedahan jangka panjang kepada bunyi bising itu mampu menjejaskan kesihatan pekerja.

Malah, lebih membimbangkan, pekerja mampu kehilangan pendengaran disebabkan kecederaan serta-merta telinga, selepas pendedahan kepada kebisingan melampau.

“Justeru, di peringkat penjagaan kesihatan antarabangsa dan pihak kerajaan, sudah menetapkan berapakah kadar frekuensi bunyi atau dB boleh digunakan majikan demi mengurangkan hilang pendengaran di tempat kerja,” ujarnya.

Sharifa Ezat berkata, penyakit kehilangan pendengaran sukar dipulihkan sehingga menyebabkan mangsa perlu memakai alat bantuan pendengaran (hearing aid).

“Susah disembuhkan sehingga mereka (mangsa) perlu memakai alat bantuan pendengaran untuk menambah atau memulihkan sedikit pendengaran, namun ‘merugikan diri’ kerana ia menyebabkan kita seperti ‘kurang upaya’ dalam aspek ini apabila terpaksa dibantu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kebiasaannya kesan buruk terhadap pendengaran itu boleh terjadi sekiranya individu terdedah kepada bunyi melebihi lapan jam bekerja dan secara berterusan, khususnya kebisingan dihasilkan mesin atau enjin, sehingga menyebabkan ‘noise-induced hearing loss’.

Dalam pada itu, Sharifa Ezat menegaskan, pihak berkuasa harus melakukan pemeriksaan mengejut ke premis majikan atau syarikat selepas menerima aduan daripada pekerja.

“JKKP atau pihak berkaitan boleh membuat cadangan kepada jawatankuasa agar majikan terlibat dengan mesin yang mengeluarkan bunyi disemak secara teliti.

“Pastikan tiada mesin yang bising melebihi piawaian (menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019) serta tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, peningkatan kes penyakit terbabit harus dipandang serius majikan daripada aspek menyediakan tempat kerja kondusif.

Menurut beliau, perkara tersebut selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994).

Mohd Effendy Abdul Ghani
Mohd Effendy Abdul Ghani

“MTUC berharap majikan patuhi perkara itu. Kita juga minta JKKP adakan pemantauan berkala kepada mana-mana majikan apabila pekerja mereka kehilangan pendengaran tinggi. Pandang serius perkara ini kerana jumlah kes direkodkan membimbangkan.

“Saya berharap perkara ini disiasat dan perlu mendapat perhatian pihak kerajaan, mahupun industri atau JKKP supaya memastikan keselamatan pekerjaan ini diambil serius majikan,” katanya.

Mohd Effendy menegaskan, suatu kewajiban kepada majikan dan pengurusan syarikat untuk membekalkan peralatan khusus bagi mengurangkan pendedahan terhadap bunyi bising sehingga kehilangan pendengaran.

“Bagi MTUC, sepatutnya pihak industri atau majikan hendaklah mengaplikasi sebaiknya Akta OSHA 1994 agar mampu menyediakan tempat pekerjaan selamat dan kondusif,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Effendy menyeru mangsa keadaan itu tidak berdiam diri dan membuat aduan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana mereka layak menerima faedah akibat kehilangan pendengaran di tempat kerja.

“Kita sarankan mereka (mangsa) tampil ke hadapan membuat tuntutan dan tampil membuat aduan kepada MTUC agar sama-sama dapat membela kebajikan pekerja,” katanya. – Getaran, 15 Ogos 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Sukan 10 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 9 jam yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

Bekas Pemain Ragbi Kedah Maut Selepas Rebah Pada Perlawanan Pertunjukan Dengan MB Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 23 jam yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan