web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buli Siber: Akta Khas Perlu Digubal, Kempen Wajar Ditambah Baik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 7:00AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masa akta khas berkaitan buli siber digubal untuk mewujudkan undang-undang lebih tegas bagi menangani peningkatan kes berkenaan yang semakin berleluasa dan membimbangkan.

Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Wan Azliana Wan Adnan berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga boleh mendakwa pelaku jenayah itu di bawah Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Wan Azliana Wan Adnan
Wan Azliana Wan Adnan

“Buli siber ini dikategorikan di bawah perbuatan buli. Buli adalah perbuatan dilakukan oleh orang yang lemah sebenarnya. Mereka membuli kerana ingin merasa ‘berkuasa’.

“Bagi membendung kes ini, masyarakat perlu diberikan kesedaran awam mengenai hukuman boleh dikenakan kepada pelaku buli siber, iaitu hukuman berbentuk pencegahan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu buli siber yang sering menjadi topik perbincangan ketika ini, khususnya apabila Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan, Malaysia berada pada kedudukan kedua di Asia pada tahun 2020 bagi perbuatan buli siber dalam kalangan belia.

Wan Azliana berkata, memandangkan buli siber boleh memberi kesan serius terhadap diri individu, terdapat mangsa yang mengemukakan saman di mahkamah sivil untuk menuntut ganti rugi.

Dalam menangani buli siber, beliau berpendapat, program berkaitan pencegahan masalah itu wajar ditambah baik di sekolah, khususnya apabila usaha sebelum ini tidak menunjukkan hasil memuaskan.

“Bagi Kementerian Pendidikan (KPM), kita lihat satu program ke satu program (dijalankan), namun pelaksanaannya ‘setengah masak’ dan tak berkesan.

“Kes buli bukan perkara baharu, tapi hingga kini masih belum berhasil membendung peningkatan kes.

“Dahulu ada program Sekolah Selamat, kemudian Sekolah Penyayang dan sekarang Sekolah Sejahtera. Kurikulumnya hampir sama, jadi pemantauan pun tak berkesan,” katanya.

Sementara itu, maklumat di portal rasmi MyHealth memaklumkan, buli siber adalah tindakan menggunakan teknologi seperti emel, mesej segera, laman media sosial, mesej bertulis dan aktiviti telefon bimbit untuk mengganggu, mengugut, memalukan atau menyasarkan individu.

Tindakan buli siber yang dikategorikan buli fizikal dan buli mental, boleh mengakibatkan kesalahan undang-undang serta dikenakan hukuman penjara jika memenuhi definisi gangguan siber atau siber-hendap.

Buli fizikal ditakrifkan sebagai tindakan memukul, menendang, mencuri, menyembunyi atau merosakkan harta benda orang lain atau memaksa mangsa melakukan perkara tidak diingini.

Manakala buli mental membabitkan perlakuan mengejek, misalnya jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka ia dijadikan bahan ejekan pembuli.

Selain itu, artikel di laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, buli siber boleh memberi kesan kepada emosi, fizikal dan mental mangsa.

Antara kes emosi itu adalah depresi, kemurungan, selain melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga jika tidak dibendung, ia berisiko mengakibatkan mangsa membunuh diri.

Kesan fizikal pula membabitkan masalah ‘gastrousus’, seperti sakit perut, muntah dan ulser perut serta gangguan pada pola makan dan tidur.

“Hal ini menyebabkan mangsa sentiasa merasa penat dan kelelahan,” katanya.

Menurut artikel sama, antara langkah menangani buli siber adalah dengan berkongsi masalah kepada orang lebih dewasa dan dipercayai, seperti ibu bapa serta berehat daripada media sosial bagi memberi ruang pemulihan kepada mangsa.

“Mangsa tidak digalak melakukan tindak balas secara langsung kerana pembuli dikhuatiri bertindak lebih agresif.

“Harus diingat bahawa buli siber adalah perbuatan salah di sisi undang-undang,” katanya. - Getaran, 15 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Didakwa Terbabit Kes Buli Siber Pempengaruh Esha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muat Naik Video Berkaitan Esha, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap 3 Individu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad