web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggantungan Sementara Pengambilan Pekerja Asing Tidak Masuk Akal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 8:24PM

Menurut Lim Guan Eng penggantungan dua minggu tersebut tidak masuk akal, terutama apabila isu pengambilan pekerja asing dari Indonesia baru sahaja dipulihkan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyelar keputusan Kementerian Sumber Manusia menghentikan permohonan pengambilan pekerja warga asing buat sementara waktu, mulai esok hingga 31 Ogos.

Guan Eng berkata, penggantungan dua minggu tersebut tidak masuk akal, terutama apabila isu pengambilan pekerja asing dari Indonesia baru sahaja dipulihkan.

“Ini akan menghalang usaha semua industri untuk mengatasi kekurangan 1.2 juta pekerja dan (mengakibatkan) kerugian sebanyak RM33.5 bilion kepada sektor perladangan, industri sarung tangan getah dan alat ganti kereta. Industri lain juga akan mencatatkan kerugian berpuluh bilion ringgit.

“Tidak ada sebab mengapa prosedur dan syarat permohonan semasa tidak boleh dikekalkan untuk mengatasi kekurangan tenaga buruh yang teruk dengan segera.

“Prosedur digantung itu, termasuk desentralisasi proses temu duga melalui Pusat Sehenti di pejabat buruh negeri untuk memberikan kepada industri proses permohonan pekerja asing yang lancar,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu media melaporkan, permohonan tersebut dihentikan bermula 15 hingga 31 Ogos ini bagi membolehkan semakan ke atas tatacara permohonan pekerja warga asing, susulan penetapan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan berkuat kuasa 1 September ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan secara sinis memberitahu, lebih baik Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Saravanan menggantung jawatannya selama dua minggu daripada mengenakan kesusahan tidak perlu kepada penggiat perniagaan dengan mengulangi penggantungan 14 hari seperti sebelum ini, bagi permohonan pengambilan pekerja asing. 

Penggantungan dua minggu sebelum ini adalah pada 1 hingga 15 Jun lalu.

“Saravanan perlu buka mata dan menjalankan tugasnya dengan membenarkan permohonan pengambilan pekerja asing diteruskan.

“Dia harus menumpukan perhatian untuk menghentikan kerenah birokrasi di sebalik banyak permohonan yang menunggu pemprosesan dan kelulusan, sehingga menyebabkan industri mencari sistem pemprosesan cekap bagi menyegerakan permohonan,” katanya.  - Getaran, 14 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 53 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 58 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar