Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Objek Disyaki Serpihan Roket Milik China Ditemukan Di Rumah Panjang, Sibu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 3:02PM

Objek berukuran 5.8 sentimeter (sm) lebar dan 7.62 sm panjang itu dipercayai terjatuh dan menembusi bumbung zink Rumah Panjang Renyam, Sungai Asan Bayu, lalu tersangkut pada kayu alang rumah - Gambar ihsan IPD Sibu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Penduduk sebuah rumah panjang di Sungai Asan Bayu dekat sini gempar apabila dimaklumkan objek yang ditemukan di atas bumbung sebuah bilik di rumah panjang berkenaan semalam, kemungkinan serpihan roket milik China, Long March 5B.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata objek berukuran 5.8 sentimeter (sm) lebar dan 7.62 sm panjang itu dipercayai terjatuh dan menembusi bumbung zink Rumah Panjang Renyam, Sungai Asan Bayu, lalu tersangkut pada kayu alang rumah.

Beliau berkata objek berkenaan ditemukan oleh pemilik rumah berkenaan sejurus dia balik ke kediamannya pada petang semalam dan kesan hentaman kuat itu meninggalkan bekas sedalam 2.54 sentimeter serta kebocoran pada bumbung.

“Panggilan penemuan objek tersebut diterima daripada petugas di BBP Sibu kira-kira 8.50 malam selepas menerima panggilan daripada Balai Polis Lanang. Pasukan dari BBP Bintangor digerakkan ke lokasi dan tiba pada 10.38 malam melibatkan jarak 37 kilometer.

“Objek tersebut kemudiannya dibawa oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan Balai Polis Lanang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesan hentaman kuat objek berkenaan meninggalkan bekas sedalam 2.54 sentimeter serta kebocoran pada bumbung - Gambar ihsan IPD Sibu
Kesan hentaman kuat objek berkenaan meninggalkan bekas sedalam 2.54 sentimeter serta kebocoran pada bumbung - Gambar ihsan IPD Sibu

Nicholas berkata pemilik rumah terbabit memaklumkan objek tersebut kemungkinan berada di bumbung rumahnya sejak beberapa minggu lepas kerana dia serta keluarga jarang balik ke rumah panjang itu disebabkan urusan kerja dan ia hanya disedari selepas ternampak kebocoran pada atap.

Sementara itu, dalam laporan polis di Balai Polis Sungai Merah pada petang semalam pemilik rumah menyatakan jirannya memberitahu terdengar bunyi dentuman kuat dari arah bumbung rumahnya pada 30 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi Bernama berkata laporan penemuan objek tersebut diterima pada petang semalam dan ia akan dihantar ke Jabatan Kimia dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom di Kuching untuk pengesahan. - Bernama

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Semasa 21 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 1 hari yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 5 jam yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar