web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Cop’, Rebut Parkir Dorong Pergaduhan, Pelaku Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 7:00AM

Tangkap layar video dari media sosial menunjukkan seorang wanita merebut parking di sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan ‘cop’ atau ‘merebut’ parkir sama ada di dalam atau luar bangunan, termasuk di pusat beli belah sering diperkatakan orang ramai, malah menjadi isu panas kebelakangan ini.

Ia susulan ada individu sanggup berdiri di ruang parkir disediakan pengurusan premis, bagi menanti kenderaan dipandu ahli keluarga atau kenalan mereka tiba walaupun ada pemandu lain sudah menunggu untuk berbuat demikian.

Lebih menyakitkan hati apabila individu terbabit seolah-olah ‘bermuka tebal’ kerana tidak mempedulikan permintaan pemandu lain supaya beredar dari situ bagi membolehkan mereka meletak kenderaan.

Walaupun ditegur dan dimarahi dek sikap mementingkan diri itu, individu terbabit ‘memekakkan’ telinga dan kekal berdiri di petak berkenaan sehingga kenderaan ditunggu tiba.

Terbaharu, perkongsian video seorang pengguna media sosial menggunakan nama akaun @adzman86, memaparkan tindakan seorang wanita berdiri di ruang parkir didakwa di sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang yang turut ingin dimasuki sebuah kenderaan lain.

Video berdurasi 2 minit 18 saat dirakam kamera pandang belakang atau ‘dashcam’ dalam kejadian pada jam 3.07 petang kelmarin itu, menunjukkan wanita terbabit tidak berganjak walaupun kenderaan berkenaan sedang mengundur untuk parkir di petak sama sambil membunyikan hon berterusan.

Wanita itu sebaliknya mengetuk cermin belakang kenderaan terbabit sambil menunjukkan isyarat bahawa ada kenderaan lain sedang menuju ke situ untuk diparkir.

Beberapa saat kemudian, wanita berkenaan beredar apabila pemandu kenderaan tadi tetap ‘berdegil’ untuk masuk ke ruang itu.

Menerusi perkongsiannya itu, @adzman86 menulis taktik digunakan pemandu terbabit adalah kaedah untuk ‘menang’ apabila berdepan tindakan individu yang ‘cop’ petak parkir dengan menggunakan orang ketiga.

“Berikut adalah video kaedah membanteras kelompok tidak bertamadun ‘cop parkir’ guna orang. Reverse (undur), hon kuat-kuat dan reverse perlahan-lahan.

“Ingat, kotak parkir yang besar itu untuk kereta, bukan orang. Sebarkan seluasnya,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, netizen memberikan pelbagai respon dengan ada yang bersetuju, manakala segelintir menganggap ia boleh menyebabkan pergaduhan.

“Boleh jadi punca gaduh dan kerosakan pada kenderaan kita pula nanti,” komen @Nastro75.

“Tips ni tak sesuai untuk semua orang. Lagi-lagi perempuan. Aku pernah, ingatkan tayar pancit. Bengkel check (periksa) tak ada lubang angin pun. Ada orang keluarkan angin dari tayar aku mcm mana tak tau la. Orang busuk hati perangai macam-macam. Mungkin sebab parking juga,” ciap seorang pengguna lain.

“Rasa-rasa orang dah tahu cop parking tu salah, tapi bila jadi kes macam ni apa kita nak buat? Maksud saya dari segi undang-undang, report (lapor) pada siapa, buat apa, end up (akhirnya) biar orang tu dikenakan tindakan,” kata @lokoman136

“Ada lagi spesis manusia ‘bodoh’ ni kan kat Malaysia, ingat dah pupus,” luah seorang individu yang marah dengan tindakan wanita itu.

Mengulas isu terbabit, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sikap ditunjukkan individu yang bertindak ‘cop parkir’ sehingga mencetuskan perebutan ruang itu, bukan sahaja mementingkan diri sendiri, malah disifatkan tidak senonoh.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Katanya, dalam situasi hidup bermasyarakat, setiap individu perlu menunjukkan nilai murni bagi mewujudkan suasana harmoni.

Bagaimanapun, beliau menganggap, situasi terbabit juga tercetus disebabkan kekurangan ruang meletak kenderaan di sesebuah premis dan ia harus diatasi bagi mengelakkan sesuatu masalah, seperti perebutan serta pergaduhan dalam kalangan pengguna.

“Dengan jumlah parkir tak cukup dan ditambah sikap segelintir individu mementingkan diri, timbul isu cop serta berebut ruang meletak kenderaan ini.

“Apa pun perlu ada tolak ansur dalam apa sahaja keadaan bagi mengelakkan situasi kurang baik tercetus,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut Pengurus Kanan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Baskaran Sithamparam, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung isu ‘cop’ atau ‘berebut’ parkir seperti diperdebatkan di media sosial.

Baskaran Sithamparam
Baskaran Sithamparam

Jelasnya, jika ada aduan diterima pihaknya mengenai tindakan terbabit, ia akan dirujuk ke pihak berkuasa tempatan (PBT) di sesebuah negeri.

Baskaran berkata, rujukan itu bagi membolehkan masalah berkenaan ditangani mengikut undang-undang ditetapkan mengikut negeri masing-masing.

“Setakat ini tak ada aduan diterima FOMCA dan memang kalau ada pihak kita boleh rujuk ke PBT.

“Ini kerana peraturan untuk mengenakan tindakan adalah di bawah kuasa PBT dan berbeza mengikut negeri,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Universiti Sultan Idris Shah (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad ketika ditanya mengenai kesan ‘tindakan buruk’ terbabit terhadap emosi seseorang, beliau tidak menolak kemungkinan ia boleh mencetuskan pergaduhan.

Dr Fauziah Mohd Saad
Dr Fauziah Mohd Saad

Tegasnya, walaupun kebanyakan rakyat Malaysia sering menunjukkan rasa tidak puas hati mereka ketika memandu terhadap tindakan pemandu lain dengan menekan hon, tidak mustahil kemarahan dialami akibat berebut parkir, khususnya jika diprovokasi boleh mengakibatkan pergaduhan mulut dan fizikal.

Namun, beliau berpandangan isu merebut parkir bukan perkara terlalu besar yang membelenggu masyarakat, malah kebiasaannya pelaku terbabit dengan tindakan itu kerana berdepan keadaan terdesak, sukar atau tiada kesabaran tinggi.

“Mungkin daripada pelaku, dia ‘terdesak’ kerana sudah berulang kali mencari petak parkir, justeru apabila terlihat ketersediaan ruang itu, dia boleh meminta individu lain yang berada dalam kenderaan untuk keluar ‘cop’ sebelum dia tiba ke situ.

“Cuma apabila kita bercakap mengenai kesihatan mental, tahap sabar seseorang berbeza. Jika individu jenis mudah marah, boleh jadi keadaan itu mengakibatkan perbalahan dan mencetuskan ‘naik angin’ pemandu.

“Lebih merisaukan jika pemandu sama ada individu ‘cop’ parkir atau pemandu lain yang ingin masuk ke ruang meletak kenderaan sama itu, mempunyai masalah kesihatan mental. Takut jadi pukul-memukul,” katanya.

Fauziah berkata, bagi membendung masalah berkenaan, pihak berleluasa perlu tegas dalam memperkasakan undang-undang berkaitan.

“Undang-undang tegas akan membuatkan seseorang gerun untuk melakukan sesuatu kesalahan,” katanya.

Mengikut laporan media terdahulu, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, tindakan ‘cop parkir’ adalah kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak meletak kenderaan itu kepunyaan awam, justeru individu tiada hak menghalang sesiapa daripada menggunakannya.

Individu tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan dan bagi kesalahan berulang, pelaku boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan atau kedua-duanya, seperti diperuntukkan Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 14 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Makcik, Mana Boleh Cop Parking, Berdosa!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

4

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Liberal International: PKR Timbang Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Berniat Jahat

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar