Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Siasat 'Gangsterism' MRSM Kuantan, Ibu Dakwa Pentadbiran Gagal Bertindak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 4:37PM

Baju pelajar yang dikatakan digunting ketika mereka tidur - Gambar Facebook Nazrah Mohamed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung perbuatan khianat dan ‘budaya gangsterism’ membabitkan pelajar wanita yang dikatakan berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya sudah mengambil maklum perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci.

Beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian daripada ibu mangsa, pada 22 Julai lalu.

“Ada dua lagi laporan terbaharu dan siasatan itu kita buka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan (perbuatan) khianat, selepas ibu mangsa mendakwa baju dan tudung anaknya digunting.

“Sekarang ini siasatan kita menjurus ke arah mencari si pelaku kerana ada berlakunya unsur khianat,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Wan Zahari berkata, polis masih belum membuat sebarang tangkapan namun telah memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita telah memanggil beberapa individu khususnya pentadbir sekolah dan rakan sebilik mangsa untuk mengetahui punca kejadian,” katanya.

Insiden berkenaan tular di media sosial apabila ibu mangsa dikenali sebagai Nazrah Mohamed, meluahkan kekecewaan di Facebook terhadap kegagalan dan kelemahan pentadbiran MRSM Kuantan dalam menyelesaikan permasalahan anaknya yang menjadi mangsa perbuatan khianat dan gangsterism.

Beliau perkara, segalanya bermula 17 Jun lalu apabila baju anaknya serta pelajar senior diconteng dan perkara itu berlanjutan ke tahap lebih buruk pada 19 Jun, apabila pakaian seragam sekolah anaknya digunting di bahagian lengan.

Jelas Nazrah, dia juga bingung apabila mendapati insiden tersebut cuba diselesaikan oleh pelajar senior yang mahu ‘menyiasat sendiri’ kejadian itu tanpa pengetahuan warden.

“Saya menelefon Ketua Warden untuk follow up kes tersebut pada 20 Jun, malangnya dia terkejut dan tidak mengetahui perkara tersebut. Setelah disemak, pelajar senior mengakui mereka cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut. Adakah ini prosedur MRSM untuk kes-kes serius seperti ini, membiarkan pelajar senior handle sendiri tanpa memaklumkan kepada warden?

“Saya call Ketua Warden untuk follow kes pada 22 Jun dan dimaklumkan mereka masih tidak dapat mencari pelaku. Pada 26 Jun sehelai lagi uniform biru sekolah anak saya diconteng termasuk baju pendidikan jasmani,” katanya.

Lebih membimbangkan kata Nazrah, anaknya sekali lagi menjadi mangsa selepas dia memaklumkan kepada pelajar senior mengenai contengan di dinding pada hari yang sama.

“Anak saya telah dipanggil oleh lima warden dan mereka menekannya, malah dia dipaksa mengaku bahawa semua contengan pada baju dan dinding tandas, serta guntingan baju itu dilakukannya sendiri, sedangkan dia antara mangsa! 

“Pihak MRSM mengambil ringan aduan anak saya dan tiada kenyataan bertulis diambil oleh pihak maktab apabila menerima aduan-aduan tersebut. Pihak maktab dan warden buntu tidak dapat mencari pelaku sehingga menekan anak saya sebagai pelaku,” katanya, berang.

Nazrah berkata, beliau telah melakukan pertemuan bersama pengetua, warden serta beberapa pentadbir sekolah pada 22 Julai dan mereka mengakui terdapat kelemahan daripada pihak maktab dalam menjalankan siasatan sehingga anaknya menjadi mangsa.

“Saya telah membuat laporan polis serta membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandangkan MRSM di bawah agensi tersebut.

“5 Ogos lalu, kami menerima maklum balas dari pihak MARA dan ia sangat mengecewakan kerana siasatan berat sebelah hanya kepada warden maktab. Anak saya tidak dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

Dakwa Nazrah lagi, maklum balas diberikan pihak MARA juga menunjukkan percanggahan apabila berkata, pihak maktab telah melakukan prosedur sepatutnya, sedangkan pengetua terbabit sendiri mengakui, ada kesilapan yang wujud di pihak mereka ketika menangani kes tersebut.

Tambah mengecewakan jelas wanita itu, kejadian terbabit tidak terhenti begitu sahaja apabila pada Isnin dan Selasa lalu, 10 lagi t-shirt aktiviti MRSM telah digunting termasuk tudung milik anaknya. 

“Saya telah maklumkan kepada pegawai penyiasat yang mengambil report kami berhubung dua kejadian tersebut. Polis telah datang ke maktab dan menemubual warden serta anak saya dan rakan sebiliknya. Pihak polis juga mengarahkan pihak maktab membawa anak saya ke balai untuk diambil keterangan berdasarkan laporan polis dibuat oleh kami pada 22 Julai 2022 lalu. 

“Bayangkan anak kami yang belum pun sampai usia 14 tahun terpaksa memberi keterangan di balai selama dua jam setengah disebabkan tindakan pihak maktab yang lembab dan sambil lewa sehingga kami terpaksa membuat laporan polis. Kami telah mengambil anak kami pulang ke rumah untuk direhatkan pada hari sama,” katanya.

Nazrah memberitahu, mereka dimaklumkan oleh seorang daripada ibu pelajar tingkatan tiga bahawa anaknya telah terjumpa nota berbaur ugutan di asrama.

“Bilik anaknya itu berhadapan dengan bilik anak kami. Nota-nota tersebut ada ditujukan kepada anak kami, El. 

“Kami terus maklumkan kepada Ketua Warden, Pengetua, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP), exco-exco Muafakat dan Pegawai Penyiasat (IO) yang mengendalikan kes anak kami. IO nasihatkan untuk pihak sekolah membuat laporan polis,” katanya.

Nazrah mengakui beliau amat kecewa kerana kes ini tidak dipandang serius oleh MRSM walaupun ia sudah berlanjutan sejak Jun lalu, sekali gus membuktikan sikap acuh tak acuh pihak pentadbiran yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Mungkin kesemua mereka menunggu sehingga ada kematian baru nak bertindak. Kami menuntut MRSM Kuantan mencari pelaku tersebut segera dan mengenakan tindakan keras ke atasnya. Kami juga mahu perkara ini diselesaikan cepat memandangkan ia telah melibatkan body contact dan ia bukan lagi kes gangsterism atau perbuatan khianat. 

“Ini kes jenayah yang semakin menjadi-jadi di dalam MRSM Kuantan. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak maktab dan MARA masih lambat bertindak,” tegasnya. - Getaran, 13 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Polis Tahan Dua Pelajar Buli Rakan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Buli MCKK Sedang Disiasat, Polis Sudah Terima Laporan Pada September - Polis

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Siasatan Kes Buli Pelatih TUDM Kuantan Kini Di Peringkat Akhir 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Sukan 22 jam yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan