Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wanita Pakai Ihram Ketika Umrah Akan Dikenakan Tindakan Tegas - Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 7:00AM

Tangkap layar video media sosial seorang individu didakwa sebagai wanita yang menunaikan umrah tetapi mengenakan ihram seperti jemaah lelaki.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah namun berpakaian ihram sehingga ia tular di media sosial dan mengundang kemarahan umat Islam di negara ini, akan dikenakan tindakan tegas sebaik pulang ke tanah air.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, tindakan itu perlu diambil kerana isu berkenaan membabitkan hukum agama.

Idris Ahmad
Idris Ahmad

Katanya, beliau sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memohon supaya siasatan lanjut dijalankan sebaik individu terbabit tiba di Malaysia.

“Saya juga sudah menghubungi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memastikan jika perkara ini benar.

“Tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hantaran itu menerima 1,300 tanda suka dan dikongsi 269 pengguna media sosial setakat jam 7 pagi ini.

 

Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang yang wanita yang mengerjakan umrah,...

Posted by Idris Ahmad on Friday, August 12, 2022

Malah, ia menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang meluahkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan individu terbabit.

Segelintir mereka pula menyokong kenyataan Idris supaya tindakan tegas dikenakan.

“Ban agensi. Biar jadi pengajaran kepada agensi-agensi lain supaya tak sambil lewa dan cuai,” komen seorang pengguna.

“Tahniah. Lantang dan berani. Kena ambil tindakan untuk jadi pengajaran pada semua.

“Siapa saja yang menyokong tindakan ni boleh hantar masuk (penjara) sekali. Biar pening duduk penjara lelaki,” tulis pengguna lain.

“Buat laporan kepada Arab Saudi, serah pelaku kepada kerajaan Saudi,” kata seorang lagi pengguna.

“Tindakan yang mencemarkan agama, lapor dan biar kerajaan Saudi ambil tindakan dulu, bila pulang ke tanah air nanti, ambil tindakan hukuman lagi agar menjadi pengajaran kepada yang lain,” luah warga maya.

“Jangan bagi muka pada golongan ni. Apa kita nak jawab dengan Allah nanti. Jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi,” tegas seorang pemilik akaun Facebook.

Terdahulu, tular di Twitter sebuah video memaparkan tindakan seorang individu didakwa sebagai wanita yang menunaikan umrah tetapi mengenakan ihram seperti jemaah lelaki.

Perkara itu didedahkan seorang netizen di Twitter sehingga mengejutkan orang ramai dan mencetuskan isu hangat. - Getaran, 13 Ogos 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 14 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran