web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu iPay88: K-KOMM Ambil Tindakan Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 9:31PM

Annuar Musa - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengambil tindakan serta-merta berhubung insiden pencerobohan data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pagi tadi.

"Kes ini masih dalam sisatan lanjut oleh vendor iPay88 iaitu SISA dari Singapura yang sudah mengenal pasti jenis ancaman menggunakan 'Cobalt Strike.'

"Pelayan yang terjejas sudah dikeluarkan daripada talian bagi tujuan siasatan lebih lanjut. Siasatan oleh SISA masih dalam tindakan dan segala keputusan akan dimaklumkan kepada JPDP dan CSM oleh pihak iPay88," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di premis sekitar Kok Lanas hari ini.

Annuar juga berkata pihak iPay88 memaklumkan bahawa isu kebocoran data peribadi pengguna belum disahkan kerana siasatan masih berjalan.

"Bahagian teknikal iPay88 memaklumkan pelayan yang diserang tidak menyimpan data peribadi pengguna kerana data peribadi itu disimpan dalam pelayan berasingan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan iPay88 mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin menjejaskan data kad pengguna.

Menurut satu kenyataan, iPay88 memaklumkan bahawa sejak 31 Mei lepas, ia sudah menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu itu.

Kenyataan itu turut menjelaskan siasatan sedang dijalankan dan mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung pelanggaran keselamatan tersebut. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi