Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Ruang Kegiatan Komunis Muncul Semula Dalam Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 8:30PM

Antara panel Program Bicara Perwira Pengorbanan Polis menentang Pengganas Komunis (dari kiri) Mejar Imaduddin Abidin selaku Moderator, Prof Madya Dr Hasan Ahmad, Datuk Abdullah Abdul Hamid dan Ooi Suan Kim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemantauan berterusan dibuat Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kegiatan dan tindak-tanduk pengikut fahaman komunisme dilihat berupaya untuk mengekang kemunculan semula aktiviti berkenaan di dalam negara.

Bekas Ketua Pegawai Turus E1M Cawangan Khas PDRM Datuk Abdullah Abdul Hamid berkata bagaimanapun adalah mustahil untuk menghalang mana-mana individu daripada berpegang dengan ideologi itu.

"Saya yakin tiada kemungkinan untuk perkara itu (kegiatan komunis) terjadi sebab ia dipantau Cawangan Khas PDRM. Itu memang kerja mereka.

"Tetapi mustahak untuk generasi sekarang faham bahawa ideologi tidak boleh dihalang, sesiapa sahaja boleh membaca bahan berkenaan komunisme, asalkan jangan ‘profess’, ajar, pengaruhi orang lain atau angkat senjata menentang kerajaan," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam program Bicara Perwira anjuran Universiti Malaysia Pahang  (UMP) dengan kerjasama PDRM bertajuk Pengorbanan Polis Menentang Pengganas Komunis di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain semasa berucap di program itu berkata perubahan landskap ekonomi dunia dan juga perkembangan teknologi menuntut PDRM memperkukuhkan jaringan keselamatan negara mengikut situasi semasa.

Menurutnya selain jenayah konvensional, PDRM juga berhadapan dengan cabaran baru jenayah transnasional seperti pengubahan wang haram, jenayah siber, penyeludupan manusia, pencerobohan pendatang asing tanpa izin, dadah dan hidupan liar yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

“Pada masa sama, pengalaman mengendalikan ancaman luar jangka membabitkan krisis kesihatan pastinya menjadi pedoman terbaik PDRM untuk kekal relevan dalam memberikan perkhidmatan terbaik selaku agensi penguatkuasa undang-undang tertua di negara ini,” katanya.

Selain Abdullah, turut menjadi panel di program berkenaan adalah Dekan Kanan Kolej Pengurusan dan Kemanusiaan UMP Prof Madya Dr Hassan Ahmad dan peguam Ooi Suan Kim. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 1 hari yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu