web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak ‘Dipikat’ Penjenayah Siber, Masyarakat Harus Amalkan ‘Sistem’ Kawalan Kendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 7:25PM

Jenayah siber merupakan ancaman utama negara ketika ini dan ia dibuktikan menerusi peningkatan kes seumpamanya yang mencecah sehingga 3,510 antara Januari sehingga April 2020 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan untuk ‘literasi konsumerisme’ dalam kalangan pengguna media sosial dipergiat demi memastikan jenayah siber seperti penipuan dapat dibanteras, sekali gus melindungi hak pengguna.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ts Dr Syed Agil Alsagoff berkata, kajian komprehensif perlu dilaksanakan bagi mengupas tahap pengaruh literasi masyarakat dalam membuat keputusan berhubung isu kepenggunaan.

Menurut beliau, cara itu membolehkan suatu sistem pengawasan dibangunkan bagi membantu pengguna membuat penilaian awal.

“Pada hari ini, kesedaran terhadap konsumerisme oleh masyarakat di negara ini merupakan tanda aras kepada kebijaksanaan pengguna dalam menggunakan hak mereka pada perkhidmatan yang tersedia atau ketika berbelanja.

“Kesedaran konsumerisme atau kepenggunaan bukan sahaja terhad kepada keprihatinan apabila berbelanja atau menggunakan perkhidmatan di media sosial, tetapi turut mencakupi pelaksanaan mekanisme pengawal seliaan kendiri dalam kalangan pengguna,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Syed Agil berkata, jenayah siber merupakan ancaman utama negara ketika ini, dan ia dibuktikan menerusi peningkatan kes seumpamanya yang mencecah sehingga 3,510 antara Januari sehingga April 2020.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pula menerima lebih 800 laporan berkaitan penipuan penjualan topeng muka secara atas talian dari Januari hingga September tahun ini melibatkan kerugian lebih RM5.5 juta,” katanya.

Tambah beliau, kes jenayah siber pada tahun lalu turut meningkat sehingga 99 peratus berbanding 2020 dan 2019, membabitkan aplikasi media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.

“Isunya, sejauh mana pengguna aplikasi media sosial di Malaysia memiliki pengetahuan, kesedaran dan kefahaman terhadap wujudnya suatu mekanisme kawalan oleh pihak ketiga yang boleh mengganggu keselamatan serta privasi pengguna.

“Adakah pengguna menyedari perkongsian data dalam media sosial juga memungkinkan ada pihak ketiga memerhati atau mengawasi gerak-geri seseorang pengguna tersebut?

“Sejauh mana pengguna memahami isu pengawasan melalui aplikasi media sosial yang membawa kesan positif atau negatif dalam kehidupan harian, khususnya dalam memberi pengaruh kepada proses pembuatan keputusan ke atas pembelian barangan atau perkhidmatan,” katanya.

Lantaran itu, Syed Aqil berkata, sistem pengawalan kendiri perlu dilakukan kerana ia kaedah terbaik untuk orang ramai menggunakan hak bagi membuat pemeriksaan ke atas sebarang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka secara teliti menerusi medium media sosial.

“Kajian dibuat Profesor Johannes Klinglmayr dari Austria pada 2016 mendapati, trend membuat keputusan berdasarkan pengawal seliaan kendiri ini mendorong pengguna melakukan pemerhatian dan memeriksa dengan teliti barang atau perkhidmatan berkaitan sebelum keputusan dibuat.

“Ia dikatakan dapat mengurangkan sifat keraguan dan kebimbangan pengguna semasa mahu membuat sesuatu keputusan berhubung dengan isu kepenggunaan dihadapi,” katanya. – Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Azalina, Fahmi Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkaitan Jenayah Siber

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Penipuan Dalam Talian: Mangsakah Yang Sering Cuai?

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Serangan Penjenayah Siber: 20 Pelanggan AKPK Alami Kebocoran Data Peribadi

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad