web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Didakwa Mencuri, Warga Emas Tarik Rambut, Heret Anak Angkat Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 6:44PM

Wanita berkenaan ditahan susulan laporan dibuat Ketua Balai Polis Tanjong Sepat, selepas menerima satu rakaman video berdurasi 33 saat melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar orang awam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LANGAT – Seorang wanita warga emas ditahan kerana dipercayai mendera kanak-kanak perempuan yang juga anak angkatnya di Tanjong Sepat, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, wanita berkenaan ditahan susulan laporan dibuat Ketua Balai Polis Tanjong Sepat, selepas menerima satu rakaman video berdurasi 33 saat melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar orang awam.

Menurut beliau, video berkenaan memaparkan seorang wanita sedang menarik rambut serta mengheret kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang masih berpakaian seragam sekolah, di hadapan sebuah rumah.

"Siasatan awal mendapati wanita tempatan itu tinggal bersama mangsa iaitu anak angkatnya yang diambil secara sah sejak kecil.

"Bertindak atas maklumat, pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membuat serbuan di sebuah rumah dan berjaya menahan wanita itu," katanya hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata wanita berusia lingkungan 60-an itu ditahan di rumahnya pada jam 12.10 tengah malam tadi.

“Soal siasat mendapati suspek bertindak demikian kerana mangsa didakwa sudah beberapa kali mencuri wang miliknya.

“Perbuatan tersebut adalah hukuman supaya mangsa tidak mengulangi kesalahan itu,” katanya.

Beliau memberitahu, kanak-kanak terbabit berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan, sebelum disahkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala suspek disahkan tidak memiliki sebarang rekod lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Getaran, 12 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad