web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Laksana Polisi Pengurusan Kenderaan Akhir Hayat Menjelang 2025

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 5:08PM

Pembangunan polisi ini adalah penting supaya kenderaan yang sudah berakhir jangka hayat boleh dimanfaatkan agar tidak sekadar menjadi bahan buangan yang sia-sia - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang mengkaji pendekatan sesuai bagi melaksanakan polisi pengurusan kenderaan akhir hayat atau end-of-life vehicle (ELV) menjelang 2025, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba. 

Beliau berkata pembangunan polisi berkenaan adalah penting supaya kenderaan yang sudah berakhir jangka hayat boleh dimanfaatkan menerusi pelbagai komponen dan bahan yang masih boleh diguna pakai agar tidak sekadar menjadi bahan buangan yang sia-sia. 

“Lambakan kenderaan usang sehingga menjadi punca wabak denggi, dipercayai berlaku kerana masih belum ada polisi yang membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan penekanan diberikan kepada kaedah pelupusan yang tepat,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman  (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mewakili Konsortium Penyelidikan ELV dan Malaysia Automotive Recyclers Association (MAARA). 

Menurut Dr Adham dalam merangka pelan hala tuju ELV yang sesuai Malaysia melihat kepada Singapura dan Jepun yang telah mempunyai kepakaran dalam pengitaran semula ELV. 

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU berkenaan beliau berkata 70 peratus barang dileraikan dari ELV boleh dieksport ke negara lain, dan industri ini berpotensi mencecah RM10 bilion.

Katanya berdasarkan data Kementerian Pengangkutan sehingga Mei 2022 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia ialah 33 juta, dengan 19 juta daripadanya adalah kenderaan berusia 10 tahun ke atas. 

Mengenai MoU yang ditandatangani hari ini Dr Adham berkata Konsortium Penyelidikan ELV yang melibatkan tiga universiti iaitu UTM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bekerjasama dengan pihak industri iaitu MAARA dalam menyelesaikan permasalahan kenderaan akhir hayat secara mengitar semula bahan komponen ELV atau mengolah satu produk lain. 

MoU yang dimeterai bertujuan mengumpul maklumat dan pengetahuan mengenai pembuatan semula dan kitar semula, memupuk kerjasama antara industri dan ahli konsortium melalui penyelidikan dan program latihan serta membangunkan pelan pembuatan semula dan kitar semula bagi menyokong Dasar Automotif Nasional 2020. 

Ditanya mengenai kenderaan elektrik (EV) Dr Adham berkata menjelang 2025 Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecas di seluruh negara berbanding 700 stesen pada masa ini. 

“Selain itu industri pembangunan bateri (untuk kenderaan EV) perlu diselaraskan dengan penggunaan EV supaya dapat membuka peluang pekerjaan kepada golongan B40,” katanya.

Sementara itu Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dalam ucapannya berkata 99 peratus daripada komponen kenderaan yang layak dilupus, dapat digunakan semula. 

 Presiden MAARA Datuk Khan Mohd Akram Khan pula berkata MAARA kini mempunyai 200 ahli terdiri daripada pemain dalam industri ELV yang bersedia mengeksport bahagian yang boleh dikitar semula dari kenderaan yang sudah tamat hayat. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar