web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jaringan Keselamatan Sosial Pekerja P-Hailing, E-Hailing Akan Dibawa Ke Kabinet - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 4:55PM

Baru-baru ini sekumpulan pekerja e-hailing dan p-hailing melakukan mogok, susulan tidak berpuas hati dengan caj penghantaran yang dipotong oleh syarikat penyedia perkhidmatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata untuk itu pihaknya akan bertemu dengan wakil kumpulan tersebut bagi mendapatkan input sebelum ia diumumkan.

“Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji (bentuk jaringan keselamatan sosial)…sekiranya nak tunggu akta (dan) sebagainya, akan (ambil) masa lama, saya sudah bincang dengan pemangku Ketua Setiausaha kementerian juga.

“Dalam seminggu dua ini kita akan buat pengumuman bagaimana mengunakan kuasa menteri KSM untuk memberikan jaringan keselamatan sosial bagi kumpulan ini,” katanya selepas pelancaran Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) dan Portal Myperkasa Latihan Teknikal dan Vokasional  (TVET) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

Baru-baru ini sekumpulan pekerja e-hailing dan p-hailing melakukan mogok, susulan tidak berpuas hati dengan caj penghantaran yang dipotong oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Mengenai PLK-i, Saravanan berkata pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah itu yang dibuka kepada semua kaum, akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan TVET dalam usaha negara untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan seiring dengan kemajuan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Ini salah satu produk dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi mengurangkan beban pemohon, kerana mereka tidak perlu bayar faedah untuk 12 bulan pertama.

“Dalam pada itu, saya cadangkan juga kepada PTPK agar mengambil kira perubahan yang sedang dan akan berlaku, oleh kerana IR 4.0 akan bawa banyak perubahan maka PTPK perlu mengenal pasti program yang ada peluang lebih cerah, bagi mengatasi masalah ketidaksepadanan kerja dengan kelulusan yang dimiliki,” katanya.

PLK-i yang dilancarkan pada hari ini, akan berkuatkuasa 15 Ogos bagi fasa pertama.

PTPK adalah agensi di bawah KSM yang menguruskan dana Pinjaman Latihan Kemahiran yang berterusan, kepada pelatih yang mengikuti latihan kemahiran. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad