web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Hospital Baharu Di JB Bantu Atasi Kesesakan Di HSA, HSI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 2:17PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU -  Pembinaan dua hospital baharu di Pasir Gudang dan Kempas di sini, dijangka akan dapat membantu mengatasi kesesakan khususnya di dua hospital utama iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Hospital Pasir Gudang, yang kini dalam pembinaan, telah pun siap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2024. 

Bagi Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) pula, Khairy berkata ia akan diumumkan secara rasmi pada Belanjawan 2023, yang akan dibentangkan pada 28 Okt ini.

"Jadi, dengan kedua-dua hospital yang baharu ini, Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dan HSA 2, kami akan tambah lebih 700 katil baharu untuk kawasan bandar raya Johor Bahru dan kawasan berhampiran. 

"Ini akan dapat mengurangkan kesesakan di hospital sedia ada terutamanya HSA dan yang lebih penting lagi, akan dapat menampung keperluan kawasan bandar raya Johor Bahru yang sangat padat ini," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Johor di Bandar Dato Onn, di sini hari ini.

Buat masa ini, Khairy berkata terdapat dua juta orang dianggarkan tinggal di Johor Bahru dan angka itu tidak termasuk mereka yang datang dari daerah-daerah lain yang mahu menggunakan khidmat doktor pakar di bandar raya itu.

"Jadi kes-kes di negeri Johor, yang dari daerah lain akan dirujuk ke Johor Bahru kecuali yang berada di utara, jadi kita perlukan pelaburan ini untuk perkhidmatan kesihatan yang lebih baik di negeri ini.

"Kini lebih kurang 90 peratus tahap penggunaan (katil) di HSA dan HSI. (Kadar penggunaan) ini adalah agak tinggi untuk hospital awam," kata Ahli Parlimen Rembau itu.

Mengenai Jelajah ANMS pula, Khairy berkata satu daripada inisiatif iaitu Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan, diharapkan akan menjadi satu wadah pembudayaan kawalan kesihatan kendiri untuk rakyat Malaysia.

Susulan itu, beliau mahu kerajaan negeri turut membantu memastikan individu yang layak, membuat saringan kesihatan dalam usaha mengesan penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) lebih awal, sekali gus membolehkan ia dipantau Pejabat Kesihatan Daerah.

Sekurang-kurangnya 130,000 rakyat negeri ini disasarkan menjalani saringan kesihatan itu, yang diadakan secara percuma, sejak dilancarkan Julai lepas.

Turut hadir pada pelancaran ANMS ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad