web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Jelaskan Mengapa Purata Jumlah Penumpang MRT 3 Menurun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 6:35PM

Chang Lih Kang mempertikaikan mengenai percanggahan unjuran purata jumlah penumpang harian bagi MRT 3 berbanding MRT 1 dan MRT 2. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dituntut memberi penjelasan berhubung percanggahan unjuran purata jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan Transit Aliran Massa 3 (MRT 3) yang dijangka menurun dengan begitu mendadak kepada hanya 180,300, berbanding MRT 1 dan MRT 2.

Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang berkata, jangkaan itu bertentangan dengan jawapan diberikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong pada sidang Parlimen, baru-baru ini.

Katanya, menteri menyatakan bahawa MRT 3 dirancang untuk memulakan operasi dalam 2 fasa pembukaan, iaitu pada 2028 dan 2030.

Apabila siap kelak katanya, perkhidmatan pengangkutan itu dianggar membawa sejumlah 180,300 penumpang sehari dan kapasitinya dijangka meningkat kepada 1.01 juta sehari menjelang 2060, namun jawapan beliau amat mengelirukan.

“Menurut laman sesawang MRT Corp, MRT 1 (Laluan Kajang) mempunyai 29 stesen dengan panjang 42 kilometer (km), manakala MRT 2 (Laluan Putrajaya) memiliki 36 stesen (56 km). Unjuran purata jumlah penumpang harian untuk MRT 1 dan MRT 2, masing-masing adalah 442,000 serta 529,000.

“Panjang MRT 3 (Laluan Lingkaran) lebih kurang 51 km dan mempunyai 33 stesen, bagaimana unjuran purata jumlah penumpang harian boleh menurun begitu mendadak kepada hanya 180,300? MRT 3 lebih panjang dan mempunyai stesen lebih banyak berbanding dengan MRT 1, tetapi unjuran penumpangnya baru 40 peratus daripada unjuran penumpang MRT 1,” katanya hari ini.

Chang Lih Kang
Chang Lih Kang

Lih Kang berkata, jika dibandingkan dengan MRT 2 yang cuma lima km lebih panjang dan mempunyai lebih 3 stesen, unjuran penumpang MRT 3 tidak sampai 35 peratus daripada unjuran penumpang MRT 2, justeru beliau hairan bagaimana menteri terbabit memperoleh kiraan begitu berbeza.

Tegasnya, unjuran sebenar tidak memberi gambaran realistik, sekali gus menimbulkan persoalan, apakah Ka Siong memberi jawapan palsu berhubung atau unjuran MRT 1 dan MRT 2 sebelum ini tidak benar.

“Kalau unjuran MRT 1 dan MRT 2 palsu, bermakna kerajaan sebelum ini ditipu untuk membina projek mega tersebut,” ujarnya.

Menurut Lih Kang, sejak MRT 1 beroperasi sepenuhnya pada 2017, purata jumlah penumpang harian tertinggi dicatatkan ialah pada 2019, iaitu 204,821.

“Jumlah ini bukan saja jauh tersesar daripada unjuran kerajaan, iaitu 442,000, malah belum sampai 50 peratus daripada unjuran awal.

“Justeru, saya menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan,” katanya. – Getaran, 11 Ogos 2022

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad