web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DBKL Cadang Tutup Jalan TAR Setiap Ahad Budayakan Amalan Jalan Kaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 2:35PM

DBKL sedang melakukan sesi libat urus dengan pihak di kawasan terbabit bagi membolehkan penutupan jalan itu direalisasikan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Jalan TAR, untuk kegunaan kenderaan pada setiap Ahad bermula 28 Sept.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata cadangan itu bagi menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan warga kota dan DBKL sedang melakukan sesi libat urus dengan pihak di kawasan terbabit bagi membolehkan penutupan jalan itu direalisasikan.

"Kami hendak tutup Jalan TAR dari simpang Jalan Esfahan sehingga ke Jalan Tun Perak bermula 6 pagi sehingga 12 tengah malam untuk rakyat membudayakan amalan berjalan kaki," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkenaan usaha menaik taraf infrastruktur pejalan kaki di Kuala Lumpur dan pembudayaan amalan berjalan kaki dalam kalangan warga kota.

DBKL bercadang untuk menutup Jalan TAR, dari simpang Jalan Esfahan hingga Jalan Tun Perak pada setiap Ahad bermula 28 Sept. - Gambar oleh Syeda Imran
DBKL bercadang untuk menutup Jalan TAR, dari simpang Jalan Esfahan hingga Jalan Tun Perak pada setiap Ahad bermula 28 Sept. - Gambar oleh Syeda Imran

Jaluluddin berkata pelbagai program pengisian turut dirancang untuk dilaksanakan sepanjang penutupan jalan itu termasuk persembahan pemuzik jalanan (buskers), persembahan seni kreatif serta program sukan tradisional.

Selain itu, beliau berkata DBKL juga sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan perkara yang sama di persimpangan Jalan Pudu sehingga ke persimpangan Jalan Bukit Bintang.

Berkenaan projek menaik taraf infrastruktur laluan pejalan kaki, Jalaluddin berkata 23 kawasan dikenal pasti sebagai berpotensi untuk dinaik taraf.

"Projek tersebut dirancang supaya ia mempunyai satu jaringan yang lengkap dan apabila ia siap kelak akan memberikan imej baharu atau penjenamaan semula kepada kawasan yang terlibat dan secara tidak langsung boleh dijadikan tarikan pelancongan," katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkenaan langkah diambil DBKL untuk menjamin keselamatan pejalan kaki, Jalaluddin berkata kira-kira 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di seluruh bandar raya dengan 2,062 daripadanya tertumpu kepada laluan pejalan kaki, selain 250 petugas penguat kuasa menjalankan rondaan dari semasa ke semasa.

"Jangan risau, keselamatan anda dijamin. Galakkanlah amalan berjalan kaki," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad