web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AMANAH Serah Memorandum Kepada Agong, Mohon RCI Isu LCS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 11:41AM

Biro Mobilisasi AMANAH yang diwakili Pengerusinya, Mohd Sany Hamzan menyerahkan memorandum di Pintu 3 Istana Negara kepada Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara, Datuk Muzli Mohamad Zin - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biro Mobilisasi AMANAH yang diwakili Pengerusinya, Mohd Sany Hamzan menyerahkan memorandum memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung pendedahan isu kapal tempur pesisir (LCS) dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mohd Hamzan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Templer berkata, isu tersebut membimbangkan rakyat, memandangkan RM6.08 bilion sudah dibelanjakan, meskipun kewujudan kapal tempur berkenaan masih belum kelihatan.

Menurut beliau, penubuhan RCI membolehkan dalang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Isu ini amat serius kerana ia membabitkan kedaulatan, keselamatan serta pertahanan negara dengan menggunakan wang rakyat selain melibatkan institusi Diraja.

“Sebab itu kita mengharapkan kepada Yang di-Petuan Agong dan memohon supaya disegerakan penubuhan RCI bagi menyiasat kes kapal tempur ini.
Kita mahu siasatan menyeluruh dilakukan supaya pihak yang terlibat dapat diadili dan kita tidak mahu lagi kes kontroversi melibatkan berbilion ringgit wang negara hangus begitu saja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum di Pintu 3 Istana Negara kepada Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara, Datuk Muzli Mohamad Zin, di sini, sebentar tadi.

Mohd Sany berkata, isu membabitkan pertahanan dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi memandangkan ia melibatkan nyawa rakyat.

“Seperti yang didedahkan oleh PAC, ada orang kenamaan (VIP) dalam negara turut terlibat, sebab itu kita mengharapkan RCI dapat ditubuhkan segera untuk mengenal pasti individu tersebut.

“Kami juga memohon Yang di-Pertuan Agong dapat memilih ahli suruhanjaya terdiri daripada mereka yang berkaliber,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad