web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu LCS: MINDEF Akan Beri Kerjasama, Tiada Apa Nak Disembunyikan - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 8:46PM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau dan mana-mana kepimpinan di kementeriannya tidak mempunyai apa-apa perkara mahu disembunyikan berhubung isu perolehan kerajaan bagi enam kapal tempur pesisir (LCS), selepas ia menarik perhatian ramai, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau memaklumkan pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang sedang menyiasat isu terbabit terbabit, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia susulan penegasan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa Kabinet bersetuju untuk menyahklasifikasi laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mengenai LCS.

Perdana Menteri juga berkata, beliau sudah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagi mempercepatkan siasatan, selain membuat panggilan kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Azizan Harun supaya mereka yang bersalah didakwa, jika terdapat bukti kukuh mengenai salah laku berkenaan.

Mengalu-alukan pengumuman itu, Hishammuddin berkata Kementerian Pertahanan akan melakukan apa sahaja bagi memastikan isu terbabit dapat diselesaikan.

“Apa kita mahu perkara ini ditangani dan diteruskan, demi kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dana awam yang sudah dibelanjakan, selain kepentingan negara,” katanya.

Hishammuddin berkata, keputusan Kabinet hari ini tidak akan memberi kesan kepada tiga perkara penting dibangkitkan beliau sebelumnya berkaitan projek itu.

“Pertama, TLDM memerlukan LCS dan sebab itu, ia (projek) mesti diteruskan selaras keputusan Jemaah Menteri pada April 2022.

“Kedua, pihak yang salah tetap salah dan mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

“Ketiga, dalam tempoh enam bulan ini, MINDEF juga sedang giat melakukan kerja rundingan dengan pihak OEM, vendor dan perbakan sebagai pelan mobilisasi bagi memastikan LCS dpat disiapkan,” katanya.

Pada masa sama, Hishammuddin berkata, adalah penting bagi semua pihak berkepentingan untuk meneruskan usaha menyiapkan projek terbabit supaya TLDM akhirnya dapat memiliki kapal tempur amat diperlukan itu. – Getaran, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad