web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kesihatan Ainul Mardhiah Merosot, Sekali Lagi Ditidurkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 6:26PM

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin - Gambar dari Facebook Ahmad Safiuddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahap kesihatan kanak-kanak yang pernah menghidap barah mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, kembali merosot sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan dan ditidurkan.

Perkara itu disahkan bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, Ainul Mardhiah menjalani prosedur berkenaan bagi mengawal sawan dan merehatkan otaknya.

“Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini, biarlah dia berehat.

“Saya doa semoga Allah SWT bukakan jalan dan bimbing doktor cari punca masalahnya.

“Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan terbaik, saya saksikannya. Kakak misi pun semua jaga Ainul dengan baik,” katanya.

 

Hari ini Ainul di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya. Ainul nampak penat...

Posted by Ahmad Safiuddin on Tuesday, August 9, 2022

Ahmad Safiuddin berkata, beliau redha dan pasrah dengan keadaan itu serta bersedia atas segala kemungkinan bakal berlaku kerana percaya, ia adalah perkara terbaik ditetapkan Allah.

“Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah SWT jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan.

“DIA kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika DIA nak tarik nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.

“Saya reda dan saya pasrah. Walaupun begitu, saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa. Apa bakal berlaku, saya percaya itu lah yang terbaik dariNya,” katanya.

Sabtu lalu, Ahmad Safiuddin menerusi media sosial sama memaklumkan keadaan anaknya itu semakin baik, apabila sudah sedar dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100 peratus. Bacaan darah dia hampir normal semuanya.

“Bantuan pernafasan sudah tidak digunakan, ubatan pun banyak dah diberhentikan,” katanya ketika itu.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian masyarakat dan pelbagai pihak, termasuk pegawai perubatan berasal dari Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini bertugas di London, United Kingdom (UK) apabila membantu menjalankan pembedahan untuk kanak-kanak itu di negara berkenaan.

Pembedahan tersebut dilakukan bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika dia berusia sembilan bulan pada 2019. – Getaran, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad