web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tampil Model Mencolok Mata, Penganjur KFW22 Tidak Mohon Permit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 2:20PM

Acara Minggu Fesyen Kedah yang berlangsung di KFW22 pada 5 hingga 7 Ogos lalu menerima kecaman ramai susulan pemakaian model yang menjolok mata. - Gambar dari Twitter @mohdxanuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Tak masuk angin ke nanti perut tu?”

Demikian komen sinis netizen yang mempertikaikan tindakan berani seorang model yang berpakaian mencolok mata dalam acara Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) di sebuah pusat beli-belah negeri itu bermula 5 hingga 7 Ogos lalu.

Gambar wanita itu yang hanya memakai sut potongan formal berwarna hijau tanpa kemeja sehingga menampakkan bahagian dadanya menjadi tular di Twitter.

Majoriti netizen mengkritik penganjuran acara tersebut kerana menampilkan model yang berpakaian mencolok mata.

“Wow, speechless. Ingatkan Milan Fashion Week. Rupanya Kedah bak hang,” kata Zailan Firdaus.

“Tu dia baru Kedah Fashion Week baju sekerat . Ni kalau Met Gala taraf Kim K habis hilang baju apa,” kata Myra Jennah.

Dr Mohd Hayati Othman
Dr Mohd Hayati Othman

Sementera itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap penganjur KFW22, termasuk memanggil mereka untuk memberi penjelasan susulan insiden itu.

Katanya, semakan yang dibuat mendapati pihak penganjur tidak memohon permit atau mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fesyen Week yang menampilkan model dengan pakaian mencolok mata.

"Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau, malam tadi.

Dalam perkembangan berasingan, Aman Central selaku penganjur KFW22 memohon maaf atas insiden yang menyentuh sensitiviti ramai itu.

Jurucakapnya memaklumkan, pihaknya kesal atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memastikan etika pemakaian ditetapkan dalam sebarang majlis di Aman Central dipantau lebih ketat selepas ini.

“KFW22 adalah acara tahunan di Aman Central dan tidak dianjurkan oleh mana-mana pihak lain. Acara ini dianjurkan setiap tahun bagi mempromosikan pakaian dan jenama di Aman Central di samping menampilkan pereka tempatan tanahair.

“Penganjuran kali ini adalah penampilan pertama selepas dua tahun, memandangkan acara tahun sebelumnya dibatalkan ketika negara dilanda pandemik COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya lagi, pihak penganjur telah mendapatkan kesemua kelulusan pihak berwajib sebelum acara itu diadakan.

“Acara ini juga mendapat sambutan amat menggalakkan terutamanya dari pereka tempatan, malah KFW menjadi platform rasmi dalam kalangan mereka.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat semua pihak penaja yang tidak pernah putus menyokong KFW22,” katanya. – Getaran, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad