web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuti Hujung Minggu: MB Johor Bentang Hasil Dapatan Untuk Pertimbangan Sultan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 2:25PM

Onn Hafiz Ghazi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini membentangkan hasil dapatan kerajaan negeri mengenai penyelarasan cuti hari minggu untuk pertimbangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Onn Hafiz berkata hasil dapatan tersebut dibentangkan dan akan dipertimbangkan baginda untuk rakyat Johor.

"Syukur Alhamdulillah. Hari ini patik telah membentangkan hasil dapatan kerajaan negeri mengenai penyelarasan cuti hari minggu untuk pertimbangan Tuanku Sultan Johor.

 "Insya-Allah Tuanku akan membuat pertimbangan yang terbaik untuk rakyat Bangsa Johor. Menjunjung Kasih Tuanku," kata beliau dalam hantaran tersebut.

Keputusan yang bakal dibuat akan membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor yang majoritinya (93 peratus) adalah daripada sektor swasta. - Gambar fail AFP
Keputusan yang bakal dibuat akan membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor yang majoritinya (93 peratus) adalah daripada sektor swasta. - Gambar fail AFP

Onn Hafiz menerusi satu kenyataan pada 4 Ogos berkata hasil dapatan dan perbincangan mesyuarat mengenai penyelarasan semula cuti hujung minggu negeri Johor akan dipersembahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk mendapat pandangan dan perkenan baginda.

Menurutnya, beliau telah mempengerusikan mesyuarat ketiga kerajaan negeri yang membincangkan mengenai penyelarasan semula cuti hujung minggu bagi negeri Johor yang turut dihadiri wakil sektor kerajaan, swasta, pendidikan, pemain industri termasuk perbankan dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). 

Keputusan yang bakal dibuat akan membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor yang majoritinya (93 peratus) adalah daripada sektor swasta.

Pada 14 Jun lepas, Onn Hafiz dilapor berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula penetapan hari cuti minggu yang dilaksanakan pada setiap Jumaat dan Sabtu sejak 2014. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan