web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekalan Air Disalurkan Secara Berperingkat Pagi Rabu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 10:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan air di 188 kawasan di daerah Hulu Selangor yang mengalami gangguan air sejak semalam berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di loji rawatan air (LRA) Sungai Rasa, mula disalurkan sejak 8 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri berkata bekalan air diagihkan secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air distabilkan dan dijangka pulih sepenuhnya 8 pagi esok.

Katanya, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Rasa mengalami kelewatan akibat isu teknikal bagaimanapun telah siap dilaksanakan 5:30 pagi tadi.

“Air Selangor memohon maaf atas kesulitan dialami pengguna dan akan berusaha bagi memastikan proses pemulihan bekalan di 188 kawasan yang terjejas berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor akan terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian, katanya.

Maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa boleh disemak menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad