web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Tarik Balik Dakwaan Rasuah Terhadap Hakim Mohd Nazlan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 9:26PM

Najib Razak menarik balik dakwaan itu melalui afidavit jawapan lanjutan yang difailkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak telah menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Bhd.

Najib, 69, menarik balik dakwaan itu melalui afidavit jawapan lanjutan yang difailkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas menerusi Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners.

"Untuk rekod, saya secara mutlak menarik balik sebarang tafsiran mengenai apa yang saya telah katakan yang boleh dianggap bermaksud bahawa Hakim Mohd Nazlan telah disiasat kerana kemungkinan rasuah," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat bukti tambahan yang akan menunjukkan konflik kepentingan yang serius membabitkan hakim tersebut dan ini adalah sebab beliau memohon agar kes itu dibicarakan semula.

Najib berkata demikian ketika menjawab afidavit pendakwaan pada 21 Julai, yang mengatakan pengetahuan peribadi Najib mengenai siasatan SPRM ke atas Mohd Nazlan tidak semestinya benar kerana agensi penguatkuasa bebas itu tidak akan mendedahkan maklumat sulit berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

Najib berkata demikian ketika menjawab afidavit pendakwaan pada 21 Julai lepas yang menyebut pengetahuan peribadi beliau mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Mohd Nazlan adalah tidak benar kerana agensi itu tidak akan mendedahkan maklumat sulit mengenai siasatan yang sedang berlangsung.

Pendakwaan baru-baru ini menyatakan bahawa dakwaan Najib terhadap Mohd Nazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, adalah percubaan terdesak untuk membatalkan perbicaraan kes itu.

Pada 21 April lepas, Mohd Nazlan membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita bertajuk 'Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account' yang mendakwa bahawa beliau telah disiasat berkaitan wang yang dipindahkan ke akaun banknya.

Mohd Nazlan telah menafikan dakwaan itu serta niat jahat untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan mengganggu sistem keadilan selain institusi kehakiman melalui artikel tersebut.

Pada Julai 2020, Mohd Nazlan telah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Kes itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan Najib.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari bermula 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan