web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Cuba Ragut Rantai Emas Diburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 5:34PM

Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terbabit dalam cubaan meragut rantai emas di Taming Jaya, Balakong, Sabtu lalu. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terbabit dalam cubaan meragut rantai emas di Taming Jaya, Balakong, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu telah dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, seorang wanita sedang berjalan kaki menuju Perodua Alza miliknya yang diparkir di bahu jalan.

“Sisatan mendapati suspek yang menunggang menunggang motosikal cuba meragut rantai emas mangsa namun tidak berjaya," katanya hari ini.

Beliau berkata, penelitian ke atas rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang kebetulan berada di lokasi kejadian mendapati, suspek cuba menarik rantai dipakai mangsa.

“Susulan rakaman, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian disarankan tampil untuk memberikan keterangan atau boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Noorlaila Kairudin di talian 019-2299906," ujarnya. – Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar