web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebenaran Eksport Ayam? Kerajaan Belum Buat Keputusan, Tunggu Dulu…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 8:41PM

Ada tiga faktor perlu dipantau Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membolehkan membuat rumusan berhubung isu bekalan ayam di negara ini - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan membenarkan semula eksport ayam kerana mahu memastikan bekalannya dalam negara berada pada tahap terkawal terlebih dahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, sejak kebelakangan ini, pihaknya menerima banyak pandangan dan permohonan supaya membenarkan semula operasi mengeksport bekalam ayam ke luar negara.

“Bagaimanapun, jawatankuasa ini memerlukan sedikit masa bagi memastikan bekalan ayam dalam negara berada pada tahap terkawal.

“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa mekanisme mengawal kedudukan bekalan (ayam) tidak boleh dibuat secara ‘flip-flop’.

“Kita memerlukan masa bagi memastikan bekalan ayam di dalam negara, begitu juga bahan lain mesti berada pada tahap terkawal, selain adalah perlu bagi jawatankuasa memantau secara menyeluruh rantaian bekalan berkaitan isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi di Parlimen hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, tiga faktor perlu dipantau bagi membolehkan pihaknya membuat rumusan berhubung isu bekalan ayam di negara ini.

“Ia berdasarkan bekalan ayam yang sudah mula dibenarkan dibawa masuk (import), ayam mula diternak dan ayam dikeluarkan.

“Kita akan melihat sejauh manakah benar dakwaan bekalan adalah berlebihan,” katanya.

Namun, beliau berkata, pihaknya faham bahawa harga bahan makanan tersebut bergantung kepada faktor bekalan, sama ada mencukupi atau sebaliknya untuk menstabil atau menurunkan harga.

“Oleh demikian, kalau kita mula mengeksport kerana harga ayam di negara jiran, terutama di Singapura adalah tersangat tinggi, jadi pengeksport ingin mengambil peluang harga mahal di negara lain, ia sekali lagi akan menjejaskan harga tempatan.

“Keutamaan sekarang adalah rakyat tempatan dan kerana ayam adalah sesuatu diperlukan setiap keluarga, kerajaan ingin memastikan harga ayam sentiasa kekal rendah seperti mana sekarang,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam