web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKIM Kenal Pasti Lokasi Operasi Ajaran Sesat Hadi Minallah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 2:08PM

Kumpulan ajaran Hadi Minallah yang berasal dari negara jiran dikesan di beberapa negeri di Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata maklumat berhubung lokasi itu telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk diambil tindakan selanjutnya.

Idris Ahmad - Gambar fail
Idris Ahmad - Gambar fail

"Semalam baru dapat profil berkenaan Hadi Minallah, saya terus hubungi JAWI kerana pada mulanya ada yang kata di Langkawi dan sebagainya.

"Tapi semalam kami dapat alamat itu, kami beri pada JAWI kerana bidang kuasa untuk bertindak ini ialah di pihak agama negeri," katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan yang pertama, di sini hari ini.

JAKIM dilaporkan telah membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tindakan menyekat penularan ajaran berkenaan.

Kumpulan ajaran Hadi Minallah yang berasal dari negara jiran dikesan berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia dan dia mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama yang dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis.

Dalam pada itu, Idris meminta orang ramai untuk melaporkan terus kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki ada berlaku aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya berkata Majlis Peguam Syarie perlu memainkan peranan yang aktif dalam memperkasa kedudukan perundangan syariah melalui pelbagai kegiatan advokasi kepada masyarakat secara tersusun untuk memastikan umat Islam di Malaysia celik perundangan syariah. - Bernama
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar