web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ajaran Nur Mutiara Makrifatullah Sudah Menular Dalam Negara?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 7:05AM

Ajaran ini yang berasal dari Indonesia dikatakan sudah menular di Malaysia dan aktif di Kajang, Selangor serta Johor. - Tangkap layar dari video TikTok @iqram_93

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu ajaran sesat baharu yang berasal dari Indonesia iaitu Nur Mutiara Makrifatullah didakwa sudah mula menular di ibu negara.

Pendedahan itu dibuat satu akaun TikTok menggunakan nama @Ahmad Iqram yang mendakwa ajaran tersebut diasaskan individu dikenali sebagai Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad.

Kumpulan mengamalkan ajaran Hadi Minnallah itu dikatakan menyebarkan fahaman sesat Nur Muhammad, berkonsepkan penyatuan manusia bersama Rasulullah SAW sebagai satu entiti.

Ajaran tersebut turut menyebarkan fahaman pluralisme agama dengan mengatakan Tuhan tidak menilai seseorang daripada agama dianuti tetapi hanya melihat amal kebaikannya.

Pengasas ajaran tersebut bukan saja menolak hadis Nabi Muhammad SAW malah mempermainkan kisah perjalanan Baginda pada malam Israk Mikraj.

Dalam video itu, pengguna akaun media sosial berkenaan turut berkongsi sedutan ucapan pengasas ajaran iaitu Hadi yang mendakwa sembahyang bermaksud mengingat Allah SWT, bukannya melakukan solat seperti diamalkan umat Islam.

“Kalau ikut Makrifat, solat itu bermakna mengingat Allah, sembahyang itulah mengingat bukan buat sembahyang… bukan berdiri sembahyang.

“Hukum Makrifat bila kau menyembah Allah maka syirik, bila kau tak menyembah Allah maka kafir,” katanya.

Lelaki tersebut turut mendakwa zat Allah adalah Muhammad.

Bagaimanapun, dalam video yang sama, lelaki tersebut mengakui bahawa dirinya bukan seorang beragama Islam dan tidak menganuti mana-mana agama.

Selain itu, pengguna akaun terbabit turut mendakwa bahawa ajaran tersebut kini kian aktif di Kajang, Selangor dan Johor dengan ahlinya diarah berpakaian serba putih serta perlu membayar ‘zakat diri’ kepada pemimpin untuk menyucikan diri.

Dalam video kedua yang dikongsikan di akaun terbabit, pengasas ajaran tersebut didakwa mengadakan satu majlis konvokesyen untuk pengikutnya di Langkawi, Kedah pada Jun lalu.

Lebih mengejutkan, isteri pengikut ajaran itu tanpa segan silu berpelukan dengan pemimpin mereka ketika menerima sijil di atas pentas. - Getaran, 4 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan