web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Laporkan Perkembangan Pembinaan LCS Secara Berperingkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 12:43PM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementeriannya diberi masa enam bulan bagi memobilisasikan usaha menghidupkan semula projek itu, dan beliau percaya kapal pertama akan diterima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam masa dua tahun lagi.

“Kita akan lihat bagaimana kita boleh memastikan kapal yang dijanjikan sampai kepada TLDM dan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan.

“Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat pembinaan kapal tersebut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Husain Awang yang memintanya Kementerian Pertahanan menjelaskan mengenai langkah yang diambil dalam menyelesaikan isu perolehan kapal tersebut serta soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu mengenai jangka masa yang akan diambil.

Menurut Hishammuddin, kerajaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan berhubung ketirisan projek LCS itu.

“Kerjasama kita kepada PAC adalah ‘total’ (sepenuhnya). Kita telah pun berdepan dengan PAC lebih daripada 15 kali.

“Siapa yang salah, tetap salah. Sekiranya ada penyelewengan atau salah guna kuasa, siasatan sedang berjalan dan tindakan kepada mereka yang terlibat akan diambil,” katanya.

Khamis lepas, PAC mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 November 2020 mendapati tiada satu kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion memperuntukkan lima kapal seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad