web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sikap Waspada, Kesedaran Tinggi ‘Perisai’ Elak Terjerat Jenayah Penipuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sikap cuai dan alpa menjadi faktor utama menyebabkan seseorang individu terjerat sebagai mangsa penipuan, termasuk membabitkan jenayah pemalsuan maklumat diri (ID).

Meskipun pihak berkuasa, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sering mengingatkan rakyat serta mengadakan pelbagai kempen kesedaran, kes penipuan pemalsuan ID semakin membimbangkan.

Justeru, Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, masyarakat perlu lebih berwaspada dan memiliki kesedaran tinggi berhubung jenayah, termasuk penipuan pemalsuan ID supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.

Kamal Affandi Hashim
Kamal Affandi Hashim

“Sudah sampai masanya untuk anggota masyarakat meningkatkan tahap kesedaran mereka mengenai jenayah ini,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika ditanya isu MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS), menyatakan bantuan khas kewangan sudah dikreditkan ke akaun e-dompet, Touch N Go (TNG) mereka.

MCMC dilaporkan berkata, pihaknya mengesan ada pihak yang melakukan penipuan ID penghantar ‘GOV’ menggunakan nama organisasi MySejahtera untuk SMS palsu itu.

Kamal Affandi berkata, kebergantungan masyarakat kepada dunia digital mencetuskan kelalaian dalam diri sehingga ‘menggagalkan’ kempen kesedaran secara fizikal.

“Kempen secara fizikal ini memfokuskan untuk orang ramai diberi pendedahan mengenai kaedah mengelak daripada menjadi mangsa dengan mengetahui langkah keselamatan.

“Sejak tahun 2019, kempen ini meliputi usaha mencegah, mengelak atau menyelamatkan orang ramai, khususnya golongan tua yang masih asing dari dunia digital daripada menjadi mangsa jenayah penipuan terbabit, susulan pandemik dan norma baharu,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan perlu memburu dan mendakwa dalang di sebalik jenayah terancang seperti itu, memandangkan MCMC sudah mengeluarkan kenyataan bahawa wujud bukti berkaitan.

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kelemahan sedia ada dalam sistem MySejahtera hendaklah diatasi.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

“Kadang kala, sistem tidak dikemaskini susulan kurang penggunaannya buat ketika ini, mungkin menjadi pencetus kepada sindiket terbabit melakukan jenayah.

“Kebarangkalian, kerajaan harus sentiasa mengemas kini aplikasi tersebut dan memantau keadaannya bagi mengelak isu seperti ini,” katanya.

Lam Thye berkata, kerajaan juga perlu memberi lebih kuasa kepada MCMC yang sekarang ini bertindak sebagai penyelia, supaya ia semakin efektif.

“Apa boleh dititikberatkan adalah bagaimana mengatasi isu. Anda sebagai anak mungkin mengetahui kes pemalsuan sebegini, tapi bukan ibu bapa anda yang semakin berusia.

“Apa yang boleh ditekankan adalah perlunya untuk memantau ibu bapa masing-masing kerana berdasarkan perkembangan hari ini, kebanyakan mangsa penipuan adalah warga emas. Telefonlah dan kerap bertanya khabar, itu memainkan peranan penting,” ujarnya.

Tambah Lam Thye, orang ramai turut disaran membuat semakan ke atas nombor akaun diberikan sindiket, malah jangan mudah percaya dengan mana-mana pihak yang mengaku dari agensi kerajaan.

“Jangan mudah percayakan orang, terutama jika membabitkan rakan baharu dikenali di media sosial, apatah lagi bila kita diminta memasukkan wang ke akaun milik individu lain. - Getaran, 8 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 14 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar