web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Nafi Berlaku Pergaduhan Kaum Di Sungai Petani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 9:15PM

Orang ramai diminta menghentikan serta-merta penyebaran perkara yang tidak benar kerana ia boleh mengguris sentimen masyarakat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian pergaduhan antara kaum di sini seperti yang tular menerusi Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan perkara itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kejadian seperti yang tular berlaku di Sungai Petani. Orang ramai diminta menghentikan serta-merta penyebaran perkara yang tidak benar kerana ia boleh mengguris sentimen masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaidy berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4299 222 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan. - Bernama 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad