web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kewarganegaraan: Keputusan Mahkamah Beri Kesan Terhadap Akses Hak Asasi Manusia?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 8:03PM

Antara hak asasi yang dinafikan menerusi penghakiman Jumaat lalu adalah akses kepada kemudahan perubatan, pendidikan dan kewarganegaraan yang dijamin undang-undang Malaysia kepada setiap rakyat - Gambar oleh Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu Surian Kempe serta enam individu lain memberikan kesan negatif kepada ibu dan anak mereka untuk mendapatkan akses kepada hak asasi manusia.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan tersebut, memandangkan antara hak asasi yang dinafikan menerusi penghakiman itu adalah akses kepada kemudahan perubatan, pendidikan dan kewarganegaraan yang dijamin undang-undang Malaysia kepada setiap rakyat.

Justeru, suruhanjaya tersebut menggesa supaya pindaan terhadap Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan seperti dicadangkan kerajaan, disegerakan.

“Ia sekali gus merealisasikan komitmen Malaysia yang kini adalah negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap kesaksamaan gender serta pemenuhan hak terhadap kanak-kanak.

“SUHAKAM menyokong ‘obiter dictum’ Datuk M Nantha Balan untuk mengekalkan status quo permohonan enam orang kanak-kanak yang lahir di luar negara daripada ibu warganegara Malaysia, sehingga rayuan ini dimuktamadkan Mahkamah Persekutuan.

“Manakala, bagi ibu warganegara Malaysia yang memohon kerakyatan anak mereka berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini tetapi bukanlah pihak di dalam guaman di atas, permohonan mereka perlulah dibekukan sementara dan bukan ditolak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu berhubung kes kerajaan Malaysia melawan Suriani Kempe dan enam pihak lain yang mengakas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 September tahun lalu.

Ketidakpastian status kewarganegaraan ini mengakibatkan ramai kanak-kanak terpaksa berpisah dari keluarga mereka dan mengakibatkan mereka mengalami tekanan mental - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Ketidakpastian status kewarganegaraan ini mengakibatkan ramai kanak-kanak terpaksa berpisah dari keluarga mereka dan mengakibatkan mereka mengalami tekanan mental - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan seorang ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki rakyat asing untuk memberikan kewarganegaraan melalui operasi undang-undang kepada anak mereka yang lahir di luar negara.

Pada masa sama, SUHAKAM menyeru kerajaan menyediakan penyelesaian kepada kesukaran ibu warganegara Malaysia dan anak mereka untuk kekal sebagai satu keluarga.

Menurut kenyataan itu, Malaysia memberikan komitmen terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), bagi memastikan perundangan tempatan memberikan hak yang saksama antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang diskriminasi serta melindungi anak, sekali gus memastikan pemenuhan terhadap hak asasi mereka.

“Selaku negara yang sudah meratifikasikan kedua-dua instrumen, Malaysia sewajarnya melaksanakan prinsip ‘bona fide’, iaitu suci hati, niat dan tindakan untuk memartabatkan prinsip di dalam instrumen dengan memastikan ia dilaksanakan serta diterapkan dalam perundangan, bukan sekadar meratifikasi tanpa niat untuk menjayakannya.

“Pada 23 November 2021, Majlis Raja-Raja memperkenan cadangan penubuhan Jawatankuasa Cadangan Pindaan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan (Jawatankuasa) dan mengambil maklum bahawa Jawatankuasa dijangka membentangkan hasil konsultasi serta kajian dalam tempoh enam bulan.

“Bagaimanapun, tempoh enam bulan tersebut sudah berlalu dan tiada sebarang pembentangan berhubung perkara sama dibuat,” katanya.

Justeru, SUHAKAM menegaskan, pindaan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan tersebut amat mustahak untuk dilaksanakan dengan segera di Parlimen, malah kelewatan dalam melaksanakannya adalah pengabaian terancang terhadap hak wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

“Ketidakpastian status kewarganegaraan ini mengakibatkan ramai kanak-kanak terpaksa berpisah dari keluarga mereka dan mengakibatkan mereka mengalami tekanan mental. 

“Ini tidak mencapai hasrat di sebalik semangat Keluarga Malaysia. Wanita warganegara Malaysia juga terpaksa berhijrah ke negara ketiga kerana anak mereka tidak diterima di Malaysia,” tegasnya. - Getaran, 7 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad