web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peras Ugut Pasangan Kekasih Didakwa Berkhalwat, 2 Polis Bantuan Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 6:36PM

Dua anggota polis bantuan di sebuah pusat beli belah di sini ditahan semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes memeras ugut sepasang kekasih yang didakwa berkhalwat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua anggota polis bantuan di sebuah pusat beli belah di sini ditahan semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes memeras ugut sepasang kekasih yang didakwa berkhalwat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kedua-dua suspek, masing-masing berusia 25 dan 32 tahun, ditahan pada 9 malam susulan laporan yang dibuat oleh mangsa, 25.

Beliau berkata dalam insiden pada Jumaat lepas, pasangan kekasih itu, yang dipercayai berkhalwat di belakang bangunan pusat beli belah tersebut dalam sebuah kereta pada 10 malam, telah didatangi kedua-dua suspek yang meminta RM500 sebagai ganjaran agar mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang.

“Memandangkan pengadu tidak mempunyai wang tunai mencukupi, kedua-dua individu telah memintanya menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) beserta nombor pin untuk mengeluarkan sendiri wang tersebut di mesin ATM.

“Setelah itu pengadu dilepaskan namun pengadu telah menerima pesanan ringkas melalui telefon bimbit daripada pihak bank bahawa ada pengeluaran wang sebanyak RM1,000 dari akaunnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata susulan penahanan kedua-dua suspek, pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM1,000.

Beliau berkata mereka ditahan reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323 atau Pegawai Penyiasat Kanan S.Sivakumaran di talian 019-512 7410. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad